Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

July 2012


LONDON - Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi berita Reuters kelmarin.

Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.

Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun.

Roti itu tidak rosak kerana dia menyimpannya selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap udara di sebuah almari rumahnya.

Menurut Smith, seorang anak perempuannya bekerja sebagai pelayan di istana tersebut.

Smith berkata, dia dan anaknya melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari koridor istana.

Menurutnya, dia kemudian memikirkan untuk menyimpan roti tersebut.

Smith berkata, pada tahun lalu, dia berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai jika dilelong ekoran majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William dengan Kate Middleton pada April tahun lalu.

Lelongan itu dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers.

Terdapat dua pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon

Kingdom Tower di Jeddah, Arab Saudi bakal menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di dunia apabila ia bakal disiapkan pada 2016 atau 2017.

Menara yang menelan perbelanjaan awal sebanyak US$ 1.23 billion itu merupakan antara sebahagian fasa pertama pembangunan ‘City Kingdom’ yang mencecah lebih dari US$ 20 billion.

Projek ‘City Kingdom’ itu akan terletak di sepanjang Laut Merah, utara Jeddah.

Sekiranya menara ini siap, ia bakal menjadi menara tertinggi di dunia yang akan melangkaui 600 kaki ketinggian ‘The Burj Khalifa’ di Dubai.



Malah, menara itu juga bakal menjadi struktur pertama yang mencapai ketinggian satu kilometer.

Pada peringkat permulaan, bangunan tersebut dirancang setinggi 1.6 kilometer, namun struktur geografi di kawasan tersebut tidak sesuai untuk menampung ketinggian sebegitu.

Arkitek menara itu, Adrian Smith telah menggabungkan pelbagai ciri-ciri unik dan estetik untuk menjadikan menara itu sesuatu lain dari yang lain.

Berkeluasan 5,700,000 kaki persegi, menara itu akan dilengkapi dengan 59 lif berkelajuan 22 batu sejam serta bakal menjadi menara yang mempunyai hotel empat musim dan kondominium.

Ketua bagi projek tersebut ialah Putera Al-Waleed bin Talal yang merupakan Arab terkaya di Timur Tengah yang juga anak saudara kepada Raja Abdullah.

Beliau merupakan pengerusi kepada syarikat terbesar di Arab Saudi, Kingdom Holding Company serta bertindak sebagai rakan kongsi di dalam Jeddah Economy Company.





Jeddah Economy Company telah ditubuhkan pada 2009 bertujuan untuk membangunkan Kingdom Tower dan Kingdom City di negara itu.

Dalam merangka pembangunan sebegitu, pelbagai komen serta maklumbalas telah diberikan.

Antara komen positif adalah pembangunan Kingdom City akan melambangkan kuasa dan kekayaan negara.





Namun, ada pihak yang mempertikaikan berkenaan isu sosioekonomi yang diramal akan mempunyai kesan kewangan negatif kepada negara tersebut.





Di tengah-tengah padang pasir Karakum Turkmenistan Crater Gas Darvaza atau 'Burning Gates' mengeluarkan cahaya yang boleh dilihat dari beberapa batu jauhnya pada waktu malam. Kawah besar adalah hasil daripada eksplorasi gas Soviet yang tercetusnya kemalangan yang berlaku pada tahun 1971. Ianya terhasil apabila sebuah kapal penggerudi Soviet telah menggerudi untuk gas asli dan jatuh ke dalam gua bawah tanah yang seterusnya menyebabkan terbentuknya kawah pada hari ini yang berukuran kira-kira 60 meter diameter dan sedalam 20 meter. Kawah besar semakin mendalam dan seterusnya membakar gas asli yang berada di dalamnya. Bau sulfur terbakar boleh dikesan dari jauh dan kuat seperti anda berada berhampiran pinggir kawah panas tersebut.

Spoiler










Seorang ibu dari Arkansas, Michelle Duggar dengan bangga mengumumkan kepada dunia semalam bahawa beliau kini hamil anaknya yang ke-20.
Duggar, 45, dan suaminya, Jim Bob, 46, yang mempunyai banyak pengalaman menyambut kedatangan bayi baru itu memberitahu televisyen NBC bahawa mereka sendiri terkejut dengan kehamilan terbaru berkenaan.
“Saya tidak terfikir bahawa tuhan akan memberikan kami seorang lagi anak, dan kami amat bersyukur,” kata Duggar, bintang sebuah rancangan realiti melalui TLC, ‘19 kids and counting.’
Keluarga terbabit tinggal di Little Rock dan juga mengendalikan halaman web sendiri, yang turut menjual buku yang ditulis ibu bapa dan DVD selain turut memberikan nasihat kepada ibu bapa.
Pasangan itu kini mempunyai 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan berusia antara 23 bulan dan 23 tahun. Anak mereka yang ke-19 dilahirkan pra matang pada Disember 2009 dan Duggar mengalami komplikasi.

Duggar berkata, walaupun berhadapan dengan risiko tetapi beliau tidak bimbangkan kesihatannya.
“Saya sekarang mempunyai ukuran badan yang menarik berbanding sepanjang tempoh 20 tahun lalu,” katanya.
Ketika meraikan kegembiraan itu, Bob mempunyai pandangan sendiri mengenai keadaan itu : “Kami tidak mahu berhenti dengan nombor ganjil.”
Sambil mengakui tidak menggunakan pil perancang keluarga, Duggar sendiri membayangkan ‘keletihan’ mempunyai anak ramai apabila menekankan tidak memikirkan untuk untuk menambah anak lagi. – AFP/Agensi

Mesti ramai yang pernah mengalami masalah susah tidur. Masuk tidur pukul 11.00 malam. Namun sampai pukul 4 pagi, masih belum dapat melelapkan mata. Memang menyiksakan. Lebih malang lagi jika keesokkan harinya, waktu bekerja. Dah masuk pejabat dengan muka letih lesu. Mulalah terlelap di pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan. huhu

Sebenarnya masalah sukar tidur banyak berpunca dari kecelaruan fungsi otak anda. Orang yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai daya ingatan yang lebih lemah. JIka anda menghadapi masalah ini, amat bijak merawatnya dari sekarang. Tapi jangan guna ubat tidur kerana ianya akan menjejaskan kesihatan anda.

Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh membantu anda. insyaAllah

1. Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Samada siang atau malam, elakkan dari berfikir ketika baring. Kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir.

2. Jadikan malam anda, waktu beristirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam

3. Elakkan minum air berkafein pada waktu malam. Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. Dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur

4. Elakkan tidur selepas asar dan pada waktu magrib. Sebenarnya pada waktu ini, tubuh anda perlu aktif. Jika tidak, tenaga di dalam badan akan dibawa ke otak dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam.

5. Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.

6. Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluarga anda juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena pada waktu malam.

7. Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.

8. Tips terakhir. Cuba try cara ini. Satu jam sebelum tidur, cuba katakan pada diri anda secara berulang-ulang. “Aku nak tidur nyenyak malam ini dengan mimpi indah”. Kata pada diri anda berulang-ulang. Ia akan menimbulkan keinginan dalaman pada diri anda untuk tidur. Seterusnya membantu anda untuk tidur nyenyak.

9. Berzikir juga amat bagus mengelakkan anda dari terus berfikir tanpa henti. Cuba amalkan pada waktu malam sebelum masuk ke bilik tidur. Dan jangan lupa membaca ayat alquran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat kursi. InsyaAllah ia sangat membantu.





























Sains