Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

March 2014


Satu keluarga memilih beberapa buah kontena penghantaran sebagai rumah mereka. Mengikut era moden sekarang pasti kita mahukan rumah yang besar dan kelihatan dengan rekabentuk yang moden tetapi berbeza dengan keluarga ini dimana memilih kontena yang disusun rapi sebagai kediaman mereka.


Jika entri sebelum ini berceritakan tentang rumah yang dibentuk diatas pokok [ Klik Disini ], pada kali ini kami mendedahkan pula dengan rumah diperbuat daripada kontena penghantaran. Seperti sedia maklum, kontena penghantaran kebiasaanya digunakan untuk penghantaran barang berskala besar dari sebuah negara ke negara yang lain tetapi terlintas atau tidak jika kontena tersebut menjadi sebuah rumah?




Antara fakta yang ingin diketahui orang ialah siapakah yang mencipta atau mereka rumah tersebut dengan rapi. Rekabentuk rumah tersebut telah dicipta oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Modulus dimana menggunakan bekas logam untuk membentuk struktur replika rumah tersebut sambil ia mengekalkan fngsi-fungsi sebagaimana yang ada pada rumah lain. Rumah ini terletak di Santa Cruz Mountains dan pereka bentuk rumah tersebut ialah David Fenster daripada Modulus yang bertanggungjawab untuk membina sebuah rumah impian keluarga. Rumah tersebut bukan hanya dibina dengan menggunakan kontena penghantaran malah mempunyai reka dalaman yang menakjubkan.





Sekiranya anda ingin menerokai rumah yang unik ini. Kami sediakan sebuah video yang menunjukkan setiap inci rumah tersebut. Sila tonton video dibawah.



Bandar Warsaw di Poland adalah tempat di mana salah satu rumah di dunia yang paling unik boleh didapati. Ianya hampir mustahil untuk anda melihat rumah tersebut jika anda hanya melintasinya, tetapi jika anda sedang mencari rumah tersebut maka anda boleh menemui dan melihat rumah yang nipis tersebut terletak di antara dua celahan bangunan .

The Keret House telah dibina oleh seorang arkitek Poland iaitu Jakub Szczseny yang hanya mempunyai 50 inci lebar sahaja. Rumah itu menjadi sebahagian dari tarikan pelancong padag akhir-akhir ini , walaupun ramai pengunjung baru yang hadir sering terlepas rumah tersebut sama sekali kerana terlalu nipis dan menyangkakan ianya bukan sebuah rumah. Rumah itu dibina oleh Jakub untuk penulis-penulis yang dalam perjalanan dan menginginkan sebuah rumah untuk berteduh atau berehat, Jakub fikir bahawa tidak ada orang yang mahu hidup dalam ruangan yang kecil untuk masa yang lama .

Rumah ini dibina atas tiang dan diakses oleh tangga utama , manakala setiap tingkat di rumah boleh diakses oleh tangga yang sempit . Kawasan utama bangunan itu adalah seperti sebuah pangsapuri loteng versi kecil dan ruang keseluruhan rumah adalah sepenuhnya berfungsi tanpa kelebihan lain. Bagi anda yang ingin melihat bangunan itu sendiri , ia boleh didapati di antara bangunan di Chlodna 22 Street dan Zelazna 74 Street di Warsaw , Poland. Bagi yang tidak berpeluang kesana boleh melihat beberapa gambar dibawah.










Sains