Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

/ / / [Video] China Bina Pencakar Langit Dalam 90 Hari



Selepas mencatatkan rekod ketika membina Burj Khalifa, sebuah hotel 30 tingkat dalam 15 hari, China sekali lagi mahu menyiapkan projek mega - pada kali ini bangunan pencakar langit dalam masa 90 hari sahaja.

Ya, betul sekali! China berhajat untuk membina bangunan paling tinggi di dunia pada akhir Mac 2013.

Berdiri pada ketinggian 2,749 kaki, 'Sky City', nama yang diberikan, akan mempunyai jumlah keseluruhan paras iaitu 220 tingkat. Jika mereka betul-betul berpegang kepada kata-kata, ianya akan membuatkan bangunan lima tingkat dalam satu hari.

Lokasi 'Sky City' ialah berdekatan dengan sungai Xiangjang di Bandar Changsha. penduduk yang kaya dan juga miskin akan mempunyai tempat di dalam bangunan tersebut selepas 83% ruangan akan digunakan untuk tujuan penginapan. Ruang selebihnya akan digunakan untuk tujuan pejabat, kedai, restoran dan banyak lagi.

China juga menuntut bahawa bangunan tersebut mampu menangani kejadian gempa bumi sehingga kekuatan 9.0 Magnitude dan juga mampu menangani kebakaran dalam tiga jam pertama. Bangunan tersebut juga dilengkapi dengan alatan tenaga yang cekap dengan menggunakan empat paned tingkap, penebat haba, dan teknik baru penyaman udara.

Bagaimana? menakjubkan bukan? saya tidak sabar untuk melihat ianya dibina.



«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

About Unknown

UUM Alumni.Blogger.Lover

Sains