Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

Dunia


Di tengah-tengah padang pasir Karakum Turkmenistan Crater Gas Darvaza atau 'Burning Gates' mengeluarkan cahaya yang boleh dilihat dari beberapa batu jauhnya pada waktu malam. Kawah besar adalah hasil daripada eksplorasi gas Soviet yang tercetusnya kemalangan yang berlaku pada tahun 1971. Ianya terhasil apabila sebuah kapal penggerudi Soviet telah menggerudi untuk gas asli dan jatuh ke dalam gua bawah tanah yang seterusnya menyebabkan terbentuknya kawah pada hari ini yang berukuran kira-kira 60 meter diameter dan sedalam 20 meter. Kawah besar semakin mendalam dan seterusnya membakar gas asli yang berada di dalamnya. Bau sulfur terbakar boleh dikesan dari jauh dan kuat seperti anda berada berhampiran pinggir kawah panas tersebut.

Spoiler











Tasik Retba (Retba Lake) juga dikenali sebagai Lac Rose terletak di utara semananjung Cap-Vert, Senegal. Apa yang unik mengenai tasik ini ialah, ianya mempunyai air yang berwarna merah jambu. Merah jambu ini disebabkan tindakbalas cahaya matahari dengan organisma yang dinamakan Dunaliella salina.

Seperti Laut mati, komposisi garam yang tinggi (mencecah 40%) menyebabkan tasik semulajadi ini mudah untuk mengapungkan badan manusia. Nampak macam sedap, sesedap air bandung. Haha. Tapi hakikatnya air tasik ini sangat masin!


















Semenanjung Malaysia terutamanya di sebelah pantai barat dan juga utara merasakan gegeran akibat daripada gempa bumi yang berlaku di Acheh, Indonesia. Gempa tersebut dilaporkan kekuatan 8.7 Magnitude. Kejadian dilaporkan berlaku di luar Pantai Barat Utara Sumatera.

Jarak gempa bumi tersebut dengan Kuala Lumpur, Malaysia sekitar 963 km dan bandar yang paling hampir dengan pusat gempar bumi tersebut ialah bandar acheh iaitu sekitar 434 km sahaja.

Amaran tsunami juga dikeluarkan oleh USGS di laman web. berikut ialah lokasi gempa bumi tersebut.

Gempar ini dibimbangi oleh rakyat Malaysia dan sekitarnya kerana gempar bumi pernah berlaku berdekatan dengan Acheh, Indonesia yang mengorbankan banyak nyawa. Malaysia turut mengalami bencana alam tersebut.

Keadaan Jalan Raya di Acheh, Indonesia
Penduduk Acheh Mula Meninggalkan Rumah Masing-masing
 Keadaan Sekitar Kompleks Queenbay Mall, Penang
Air Persisiran Pantai Patong Thailand Sudah Mula Berkurangan.
Keadaan Pantai Port Dickson Petang Tadi



Kemaskini Daripada Facebook:-
-Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.
-Tsunami sudah melanda simeulu dengan ketinggian 6 meter.
-Tsunami sedang menghampiri Phuket
-Bekalan Elektrik Terputus dan Gangguan Telekomunikasi Di Wilayah Acheh
-Kelajuan ombak ialah 800km/h menuju ke Malaysia. Allahuakhbar!!
-SEMUA PASARAYA BESAR DI P.PINANG TELAH DI ARAHKAN DITUTUP SERTA MERTA
-Jabatan BOMBA & PENYELAMAT telah mengarahkan semua pusat operasinya terutama di negeri-negeri di utara supaya diletakkan dalam tahap berjaga-jaga tertinggi bagi menghadapi kemungkinan `tsunami' berikutan gempa bumi di utara Sumatera, petang tadi.

'Menara pokok' berkembar yang diberi nama 'Bosco Verticale' yang dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan renek, mungkin menjadi menara pertama seumpamanya di dunia.

Menara berkembar yang sedang dalam pembinaan dengan setiap satu menara setinggi 111 meter dan 79 meter itu bakal menempatkan kira-kira 730 pokok, 5,000 tumbuhan renek serta 11,000 tumbuh-tumbuhan lain.

Pengarah Boeri Studios, Michele Brunello, 35, bertanggungjawab menguruskan projek tersebut yang telah direka sejak 2006.

"Idea untuk membina 'menara pokok' muncul ketika menyertai satu projek menanam pokok.

Menurutnya, Bosco Verticale dengan setiap satu menara setinggi 27 tingkat terletak di Milan, utara Itali itu akan turut menempatkan apartmen kediaman.

Pokok-pokok akan ditanam dalam pasu sebelum dipindahkan ke menara tersebut apabila siap sepenuhnya.

"Bosco Verticale direka untuk menempatkan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh bertindak sebagai penapis pencemaran kepada penghuninya," katanya.

Setiap unit apartment itu dijual dalam lingkungan 560,000 pound (RM2.8 juta) untuk keluasan 80 meter persegi dan 1.7 juta pound (RM8.5 juta) bagi keluasan 200 meter persegi

"Menara tersebut bukan hanya menitik beratkan isu kehijauan dan semula jadi, malah ia turut mementingkan keselesaan dan keselamatan penghuninya.


''Kami telah melakukan pelbagai kajian serta ujian untuk memastikan semuanya berjalan lancar," ujar Brunello sambil menyatakan idea asal projek tersebut diilhamkan oleh arkitek terkenal Milan, Stefano Boeri.

Nama Projek: Bosco Verticale (Hutan Menegak)
Year: 2007 (Dalam Proses)
Location: Milan, Itali
Arkitek: BOERISTUDIO (Stefano Boeri, Gianandrea Barreca, Giovanni La Varra)
Pelanggan: Hines Italia
Jenis: Bangunan Kediaman Duo
Kawasan binaan: 40,000 meter persegi
Tinggi Bangunan: 110 m dan 76 m
Bajet: 65.000.000,00 €
















Video dibawah menarik untuk dikongsi, ia mengambarkan kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan bumi yang sungguh indah. Video menunjukkan ISS (International Space Station) melepasi atau melalui Amerika Syarikat pada waktu malam.


Video ini sungguh menarik. Dia membuatkan air tidak tumpah malah berkeadaan seperti di dalam cawan. Tengok Video Di Bawah.


Sains