Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

Sejarah


PULAU HASHIMA - JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun.

Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Ditemui pada tahun 1887, pulau yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation.

Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun  1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.

Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut.

 Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja.

Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar.

Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana.

Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut.

Sumber : Sinar Harian Online








Sering kali kita melihat sempadan negara dikawal rapi oleh pihak imigresen kedua-dua belah negara. Tahukah anda, Malaysia merupakan antara salah satu negara yang mempunyai sempadan negara yang unik. Uniknya sempadan negara dibawah ialah kerana dipisahkan oleh batu, sungai dan lain-lain.

Kanada-USA

Paraguay-Argentina-Brazil

Belanda-Belgium

Euro-Asia

Bosnia-Croatia

China-Pakistan

USA-Cuba

Itali-Perancis

Malaysia-Indonesia

Korea Utara-Korea Selatan

India-Nepal

Uzbekistan-Turkimenistan

Sepanyol-Portugal

Arab Saudi-Yaman

Sweden-Norway

Turki-Greece

England-Scotland

Algeria-Morroco

Jerman-Czech

Spain-Perancis

India-Pakistan

USA-Mexico


Askar Timbalan Setia

Johor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri dan satu-satunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini yang dinamakan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Askar Timbalan Setia adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar , Sultan Johor Darul Takzim.

Antara mereka yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah:
DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraan dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda juga merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3 Tun Hussein Onn juga pernah menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun , India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
Jeneral(B) Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATM Jeneral (B) Ibrahim Bin Ismail pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke-19 di India.
Ungku Ahmad bin Abd Rahman Salah seorang daripada 3 orang yang dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India
Dato Onn Jaafar
Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid, bapa kepada YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

Asal Usul Jalur Gemilang
Rekabentuk Jalur Gemilang/Bendera Malaysia sekarang adalah hasil ilham dari salah seorang rakyat dan arkitek kerajaan Negeri Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Pemilihan rekabentuk bendera tersebut bermula dari satu pertandingan bagi merekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan En. Mohamad bin Hamzah.

Penulis Asal Sejarah Melayu

Penulis asal Sejarah Melayu adalah Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615 , serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719 ). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).

Penubuhan UMNO


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malay National Organisation ditubuhkan pada tahun 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor. di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar. Detik bersejarah tersebut bermula dengan satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Membantah pertubuhan Malayan Union
Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu , Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. Maka UMNO pun lahirlah secara rasmi.


Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang ditabalkan pada 11 April 2012. Baginda merupakan Sultan bagi Negeri Kedah Darul Aman. Baginda juga merupakan Canselor bagi Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Universiti Pengurusan Terkemuka.

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah daripada ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959

Apa yang uniknya, Baginda ialah Sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama menggunakan Istana Negara di Jalan Duta yang baru siap dibina baru-baru ini. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011.

Baginda berkenan menerima sijil dari Malaysia Book of Records diatas perlantikan Baginda selaku Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi di Istana Negara

Daulat Tuanku



PENIPUAN SEJARAH : GENERAL YAMASHITA TIDAK LAYAK DIGELAR HARIMAU MALAYA

Dia datang buat onar je. Bukan hebat sangat pun yang paling hebat ialah Tani Yutaka

siapa itu Tani Yutaka?





































  • Dilahirkan di Terengganu in 1910, anak lelaki dari satu keluarga Jepun yang berniaga kedai runcit di Hulu Terengganu.. dia suke berbaju melayu dan bersongkok mcm orang2 Melayu.
  • bekas rumahnya di Terengganu masih ada lagi pada tahun sekitar hujun 1940an. rumah papan mcm rumah orang melayu lain.



TRAGEDI OKTOBER

  • Sometime in 1930's.bile Jepun invaded Manchuria. chinese revolted against japanese oversea. adik perempuannya (dua dari kanan) dirogol dan dibunuh oleh orang2 Cina di Terengganu.
  • Ditambah lagi dendam. pelaku2 tersebut dibebaskan oleh mahkamah British.
  • Dari 1933.. Tani Yutaka mengganas di terengganu dan kelantan dengan merompak business2 cina dan British... yang bestnye.. ramai ahli kumpulan gangster yakuza (sb diketuai oleh Tani Yutaka kn) ni terdiri oleh orang Melayu...
  • Siape sangka budak Jepun muke baik sopan santun yg masuk Melayu ni jadi gangster yg amat ditakuti cine dan British pada tahun 1930's to 1940's.

LAGENDA

  • Name dia tak dikenali disini tapi amat dihormati di Jepun sehinggakan dibuat filem khas untuknya pada tahun 1943 untuk mengenang semangat juangnye itu.
  • Yang paling bestnyer pulak. cerita Jepun ni, semua pelakonnye tentulah Jepun. TAPI. semua pakai baju Melayu. dah jadi mcm cerita P Ramlee plak.

PEKERJAAN

  • Dia meneruskan kerja2 berani mati bersama2 geng2 nya dalam kerja2 sabotage British mase WWII. then, tak lame lepas Jepun menawan Singapore. dia mati akibat malaria di Johor.
  • Antara buku mengenainya...





Di sini dikemukakan beberapa fakta menarik berkenaan dengan nama “Malaysia”. Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa (pura=pulau), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.

Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia :

1) Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay = bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan perkampungan Melayu.

2) Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud “Mountains of Asia”.

3) Malaysia wujud daripada nama “Malesia”, yang merujuk kepada kawasan bio-geografi dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Papua New Guinea.

Untuk pengetahuan semua, penggunaan nama Malaysia bukanlah baru. Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.
 

TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".



Sebagaimana Indonesia yang pernah dicadangkan namanya sebagai Malayunesia, terdapat juga beberapa nama yang dicadangkan untuk negara kita. Antaranya, “Langkasuka”, iaitu bersempena nama sebuah kerajaan purba di kawasan utara tanah air kita. Negara Filipina juga pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan pada tahun 1963.

Lain-lain fakta menarik :

1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara persekutuan kita dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.

2) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Siam iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut. Tetapi telah ditolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.

3) Ini pula merupakan antara bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu.






Baru-baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan adanya sebuah kumpulan yang dikenali sebagai "Anonymous" telah mengeluarkan amaran terhadap kerajaan Malaysia. Saya difahamkan ianya ada kaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia yang menyekat 10 laman sesawang 'File-Sharing'



Baiklah, Saya akan menceritakan sedikit latar belakang berkenaan kumpulan yang dinamakan "Anonymous" ini. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang diwakili beberapa 'Hackers' atau pengodam yang terdiri daripada seluruh negara. Antara kejayaan kumpulan ini ialah mereka berjaya mengodam laman web PSN (PlayStation Network) yang mengakibatkan gangguan terhadap perkhidmatan permainan atas talian.

Saya difahamkan salah satu modul operandi yang digunakan oleh kumpulan ini ialah Serangan DDoS (Distributed Denial Of Service). Untuk Mengetahui tentang DDoS dengan lebih mendalam sila google!



Baru-baru ini admin telah menjumpai satu video yang baru dimuatnaik oleh kumpulan tersebut di dalam YouTube. Serangan kedua telah diaturkan seperti yang dinyatakan di dalam video tersebut.


Sekian,Terima Kasih.Sudi Membaca...

Sains