Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

Gaya Hidup


Apabila anda pergi ke temuduga kerja ada satu hasil tunggal yang anda harapkan iaitu kejayaan. Anda perlu menunjukkan kemahiran dan pengetahuan anda, kelihatan tertarik dan berminat, dan menunjukkan bahawa anda seorang yang hebat untuk bekerja bersama.

Ia adalah penting untuk bertanya soalan untuk mengetahui apakah peranan dan tanggungjawab yang tepat untuk anda, hanya kerana ia adalah penting bahawa anda membiarkan penemuduga tahu bahawa anda akan menjadi calon yang hebat untuk kerja. Tetapi anda perlu berhati-hati untuk bertanyakan satu daripada yang berikut:


1. Berapakah gaji saya?

Benarlah kita semua bekerja untuk mendapatkan wang bagi menyokong kehidupan kita seharian. Itulah ganjaran yang bakal diberikan selepas bekerja. Jadi, daripada mengingatkan majikan bahawa anda berpotensi untuk menukar kerja sekiranya dibayar dengan gaji yang lebih baik daripada majikan sedia ada, Lebih baik anda menunjukkan keinginan kerja dengan bersemangat dan akan menikmati peluang untuk bekerja bersama mereka. Bertanya tentang wang bakal mengundang majikan baru untuk memikirkan semula peluang tersebut.

2. Apakah syarikat ini lakukan?

Soalan ini bakal membuatkan anda terus menganggur atau tetap di majikan lama. Anda tidak seharusnya bertanyakan soalan ini dan apa yang anda harus lakukan ialah dengan membuat kajian terhadap syarikat tersebut melalui laman web atau lain-lain.

3. Kerja atau majikan sekarang teruk!

Walau apa pun terjadi di tempat kerja sekarang. Jangan menyebut berkenaan kerja atau majikan sebelumnya. Temuduga bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan segala ketidakpuasan hati berkenaan kerja atau majikan sebelumnya.

4. Berapa lamakah cuti yang saya perolehi?

Anda sudah mula memikirkan cuti sedangkan belum mula bekerja? ianya bukan sesuatu yang baik untuk ditunjukkan kepada penemuduga. Anda perlu berhati-hati ketika bertanyakan soal cuti kerana ia mungkin mengambarkan anda mempunyai tabiat kerja yang teruk.

5. "Saya adalah pekerja yang terbaik!"

Anda pekerja yang terbaik? Buktikan!. Walau pun ketika temuduga anda digalakkan menunjukkan kebolehan anda tetapi jangan sampai nampak seakan-akan belagak. Anda digalakkan berkongsi berkenaan kerja yang pernah anda lakukan dahulu dan pengalaman-pengalaman lain.

6. "Saya tiada soalan untuk diajukan kepada anda"

Kebiasaanya, pada penghujung sesi temuduga. Penemuduga akan memberikan peluang kepada anda untuk bertanyakan soalan. Jangan sampai anda tiada soalan untuk ditanya. Ia akan mengambarkan anda kurang minat atau tidak serius dalam kerja. Sila lihat soalan yang boleh ditanya ketika temuduga di SINI.

Sumber : Thenakedceo.com

Berikut ialah soalan-soalan yang perlu ditanya ketika ditemuduga.

1. Apakah kemahiran dan pengalaman yang membuatkan calon itu ideal?

Ini adalah soalan terbuka terbaik yang akan memberikan penemuduga meletakkan kad masing-masing di atas meja dan calon daripada negeri mana yang majikan cari. Jika penemuduga menyebut sesuatu yang tidak anda ulas lagi, kini adalah peluang anda.

2. Apakah masalah tunggal terbesar yang dihadapi oleh kakitangan anda dan saya akan berada dalam kedudukan untuk membantu anda menyelesaikan masalah ini?

Soalan ini bukan sahaja menunjukkan bahawa anda segera memikirkan bagaimana anda boleh membantu pasukan, ia juga menggalakkan penemuduga membayangkan anda bekerja di jawatan tersebut.

 3. Apa yang paling dinikmati ketika kerja disini?

Soalan ini membolehkan penemuduga untuk berhubung dengan anda pada tahap yang lebih peribadi, berkongsi perasaannya. Jawapannya juga akan memberi anda tanggapan yang unik ke dalam bagaimana orang berpuas hati dengan kerja mereka di sana. Jika penemuduga itu tampil dengan jawapan negatif kepada soalan anda, ia adalah bendera merah besar.

4. Apa yang menjadikan kejayaan disini? syarikat ini atau bukan keuntungan.

Soalan ini menunjukkan minat anda untuk berjaya di sana, dan jawapan yang akan menunjukkan kepada anda bagaimana kedua-duanya maju dan sama ada ia sesuai untuk diri anda. 

5. Adakah anda terasa teragak-agak tentang butiran kelayakkan saya?

Saya suka soalan ini kerana ia berhati waja. Juga, anda akan menunjukkan bahawa anda yakin dalam kemahiran dan kebolehan anda.

6. Adakah anda menawarkan pendidikan berterusan dan latihan profesional? 

Ini adalah soalan kedudukan terbaik, menunjukkan bahawa anda berminat untuk memperluaskan pengetahuan anda dan akhirnya berkembang dengan majikan. 

7. Bolehkah anda memberitahu saya berkenaan pasukan yang akan saya berkerjasama?

Perhatikan bagaimana soalan itu dijawab; ia mengandaikan anda akan mendapat kerja. Soalan ini juga memberitahu anda tentang orang yang anda akan berinteraksi pada setiap hari, maka dengarlah jawapan dengan teliti. 

8. Apa yang boleh anda beritahu saya tentang produk baru atau rancangan untuk pertumbuhan akan datang? 

Soalan ini perlu disesuaikan untuk keperluan tertentu anda. Soalan ini memerlukan anda membuat kajian pada laman web syarikat dahulu. Seterusnya menyebut produk baru atau perkhidmatan yang bakal dilancarkan untuk menunjukkan bahawa anda membuat penyelidikan terhadap syarikat serta minat terhadap syarikat tersebut. Jawapan kepada soalan ini akan memberikan anda idea yang baik dari mana majikan yang diketuai.

9. Siapa yang sebelum ini menjawat jawatan ini?

Ini soalan yang seolah-olah mudah akan memberitahu anda sama ada orang itu telah dinaikkan pangkat atau dipecat atau jika dia berhenti atau bersara. Jawapannya, akan memberikan petunjuk sama ada: ada peluang untuk kemajuan, pekerja tidak berpuas hati, tempat di dalam kekacauan atau majikan yang mempunyai pekerja sekitar umur anda.

10. Apakah proses seterusnya?

Ini adalah soalan yang terakhir dan penting. Salah satu soalan yang wajib anda bertanya. Ini menunjukkan bahawa anda berminat untuk bergerak bersama-sama dalam proses dan menjemput penemuduga untuk memberitahu anda berapa ramai orang yang berada dalam senarai untuk jawatan tersebut. 

Sumber : Forbes.com

Waktu pagi adalah permulaan bagi setiap hari. Mood pada waktu pagi kadangkala mempengaruhi aktiviti sepanjang hari. Jika mood waktu pagi agak teruk, sudah tentu kita akan rasa sedikit tekanan lebih-lebih lagi apabila menatap masalah di tempat kerja. Berikut adalah perkara atau aktiviti permulaan yang baik dilakukan pada waktu pagi.

1. Solat Atau Sembahyang

Bagi yang muslim, solat adalah kunci untuk mencegah kemungkaran. Solat juga tanda kita bersyukur kepada Allah dan juga memohon perlindungan daripada Nya untuk menjalani hari-hari mendatang. Kebiasaannya jika seseorang meninggalkan solat subuh, dia akan merasa resah atau ada yang tidak kena pada hari tersebut.

2. Minum Segelas Air Sebaik Sahaja Bangun Daripada Tidur

Ini membolehkan badan anda hidrat semula, Menyempurnakan sistem pencernaan anda, dan mendapat bendalir di dalam tubuh. Anda mungkin perasan perubahan positif seperti kulit yang lebih cerah dan pencernaan yang lebih baik. Lebih baik jika anda dapat memerah jus lemon segar atau satu sudu teh cuka epal.

3. Jangan Semak Email Atau Telefon Bimbit Dalam Masa Sejam

Adakah anda tidur dengan telefon bimbit di sebelah dan mencapainya sebaik sahaja bangun daripada tidur? Ini bukan tabiat yang baik. Jika anda memilih untuk menahan diri daripada memeriksa e-mel dan Facebook sehingga sekurang-kurangnya satu jam selepas bangun dari tidur, fikiran anda akan lebih jelas, fokus dan gembira.

4. Fikirkan Sesuatu Yang Positif

Ianya mampu membuatkan anda lebih positif sepanjang hari. Jika ianya tiga atau empat perkara lebih baik. Jika anda seorang peniaga mungkin boleh memikirkan keuntungan yang dikecapi kelak.

5. Mengambil Udara Di Luar Rumah

Mengisi paru-paru anda dengan udara segar. Walaupun ia sejuk di luar. Ini hanya mengambil masa 10 saat! Ia mengingatkan anda bahawa anda masih hidup dan bernafas.

6. Bersenam

Anda tidak semestinya perlu melakukan senaman yang berat sebelum sarapan, tetapi membuat pergerakkan badan walaupun sedikit adalah cara terbaik untuk peredaran darah dan menyediakan badan untuk sepanjang hari. Pergerakkan senam aerobik yang ringan adalah disyorkan.

7. Mengambil Sarapan

Pengambilan makanan sarapan pada waktu pagi adalah penting untuk tubuh badan. Faktor pemakanan yang diambil juga memainkan peranan. Ambil makanan yang segar dan menyihatkan. Telur atau oats berendam adalah pilihan terbaik.

8. Ikrar Pada Diri Sendiri

Lakukan dihadapan cermin dan lafaz ikrar anda untuk hari tersebut. Intipati ikrar mestilah bersifat positif. Ambil peluang untuk memuji diri sendiri dan seterusnya kekal fokus dalam mencapai ikrar tersebut.


Walaupun penyelidik meneruskan usaha mereka dalam mencari penawar untuk penyakit Alzheimer, ahli-ahli sains mengatakan bahawa terdapat beberapa makanan yang boleh memainkan peranan dalam kesihatan otak dan berkaitan dengan usia. Terdapat 5 makanan terbaik untuk meningkatkan fungsi otak.

1. Ikan




Ikan adalah makanan yang diperkaya dengan omega-3 dan antioksidan, ikan ini dipercayai menjadi salah satu makanan terbaik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Menurut kajian 2005 yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Neurologi, penurunan kognitif individu 65 dan lebih tua yang makan dua kali ikan setiap hari dalam tempoh enam tahun adalah 13 peratus kurang daripada komuniti yang lain yang makan jumlah yang lebih kecil. Penyelidik menyifatkan Alzheimer's melawan kesan makanan laut ke Omega-3 asid lemak dan tahap yang tinggi vitamin B12.

2. Kacang Walnut



Kacang dan biji mengandungi nutrien untuk otak bagi meningkatkan fungsinya, terutamanya walnut. Sebuah artikel berkaitan kesihatan mencatatkan bahawa berdasarkan satu kajian pada 2009 yang disiarkan dalam Jurnal Pemakanan, tikus makmal yang diet dengan walnut didapati dapat membantu tanda-tanda penuaan terbalik, disamping meningkatkan keupayaan otak mereka untuk memproses maklumat.

3. Lobak



Lobak adalah merupakan makanan yang kaya dengan luteolin kompaun., kajian mendapati bahawa lobak merah boleh mengurangkan tahap keradangan dalam otak tikus makmal. Makanan lain yang mempunyai tahap luteolin yang tinggi ialah minyak zaitun, lada loceng dan saderi.

4. Buah Beri




Antara buah-buahan yang terbaik untuk diambil sebagai kesihatan otak yang terbaik adalah buah beri, terutama blueberry, yang telah digambarkan sebagai ideal "Superfood." Sumber kajian 2010 daripada Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia, Ingatan peserta yang mengambil jus blueberry selepas tiga bulan didapati semakin kuat dan baik berbanding sebelum ini yang menunjukkan tanda-tanda yang buruk.

5. Sayur Bayam




Kartun popular Popeye menunjukkan seseorang akan bertambah kuat dan bijak apabila mengambil sayur bayam. Ianya benar bahawa sayur bayam adalam makana yang ideal untuk otak. Laman web berita kesihatan memetik satu kajian dari Jurnal Gerontologi, yang mendapati bahawa selepas menambah ekstrak bayam terhadap tikus makmal, penyelidik mendapati bahawa 500-900 peratus peningkatan dalam aktiviti otak manakala 2000 bagi saraf. Sayur-sayuran yang berdaun hijau yang lain juga telah terbukti mempunyai kesan yang sama.

Mendapatkan pekerjaan adalah lebih sukar pada hari ini. Dengan bilangan graduan yang semakin meningkat dan saiz pasaran yang kecil, setiap graduan akan mendapat peluang 2-3 kali temuduga secara purata dalam setahun. Penting bagi para graduan yang bakal ditemuduga kali pertama untuk membuat yang terbaik. Graduan membuat beberapa kesilapan biasa yang menghalang mereka daripada mendapatkan kerja. Semak infographic dibawah ini sebelum anda pergi temuduga kerja seterusnya mengelakkan berlakunya kesilapan-kesilapan yang sama dilakukan oleh para graduan yang gagal sebelumnya.




1. Powdered wigs (1700s)



2. Corsets (1800s)







3. Bib overalls (1970s)



4. Leisure suits (1970s)











5. Fanny packs (1980s)





6. Parachute / "Hammer" pants (1980s)








7. Mullets (1980s)









8. Rattails (1980s)









9. Neon leg warmers (1990s)







10. Sagging (1990s)


Mesti ramai yang pernah mengalami masalah susah tidur. Masuk tidur pukul 11.00 malam. Namun sampai pukul 4 pagi, masih belum dapat melelapkan mata. Memang menyiksakan. Lebih malang lagi jika keesokkan harinya, waktu bekerja. Dah masuk pejabat dengan muka letih lesu. Mulalah terlelap di pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan. huhu

Sebenarnya masalah sukar tidur banyak berpunca dari kecelaruan fungsi otak anda. Orang yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai daya ingatan yang lebih lemah. JIka anda menghadapi masalah ini, amat bijak merawatnya dari sekarang. Tapi jangan guna ubat tidur kerana ianya akan menjejaskan kesihatan anda.

Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh membantu anda. insyaAllah

1. Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Samada siang atau malam, elakkan dari berfikir ketika baring. Kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir.

2. Jadikan malam anda, waktu beristirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam

3. Elakkan minum air berkafein pada waktu malam. Minuman berkafein akan merangsangkan otak dan sistem saraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam. Dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur

4. Elakkan tidur selepas asar dan pada waktu magrib. Sebenarnya pada waktu ini, tubuh anda perlu aktif. Jika tidak, tenaga di dalam badan akan dibawa ke otak dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam.

5. Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.

6. Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluarga anda juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena pada waktu malam.

7. Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.

8. Tips terakhir. Cuba try cara ini. Satu jam sebelum tidur, cuba katakan pada diri anda secara berulang-ulang. “Aku nak tidur nyenyak malam ini dengan mimpi indah”. Kata pada diri anda berulang-ulang. Ia akan menimbulkan keinginan dalaman pada diri anda untuk tidur. Seterusnya membantu anda untuk tidur nyenyak.

9. Berzikir juga amat bagus mengelakkan anda dari terus berfikir tanpa henti. Cuba amalkan pada waktu malam sebelum masuk ke bilik tidur. Dan jangan lupa membaca ayat alquran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat kursi. InsyaAllah ia sangat membantu.
Iklan anti-merokok di Thailand dikatakan antara iklan yang memberi kesan kepada perokok. Iklan tersebut menggunakan kanak-kanak sebagai pelakon atau penggerak kepada iklan anti-merokok tersebut.  Saksikan iklan tersebut di bawah.



Anda tahu anda perlu bersenam dan makan dengan betul untuk melihat dan merasa yang terbaik, tetapi kedua-dua perkara ini lebih mudah berkata daripada dilakukan. Ia membantu untuk memecahkan sesuatu perkara, suka dengan langkah-langkah mudah untuk membuat hari anda yang lebih sihat sedikit.

1. Menentang kes pastri
Anda tahu bahawa anda perlu untuk makan sarapan pagiuntuk meningkatkan metabolisme anda dan menjaga anda revved untuk hari tersebut, tetapi itu tidak bermakna anda harus terkeluar untuk kebaikan bakar merenung kembali pada anda di kedai kopi. Bukannya Starbucks cekau dan pergi, membuat sarapan yang sihat terlebih dahulu supaya anda boleh mendapatkan puasa pintu.

2. Meminum air yang cukup: 
Air adalah perkara terbaik yang anda boleh minum, tetapi ia bukan satu-satunya perkara yang sihat, anda harus teguk besar - dan tidak. Cuba minum air dengan limau atau teh hijau apabila anda memerlukan rangsangan sedikit, anda akan mendapat antioksida yang amat diperlukan dan hartanah menyahtoksinkan dari kedua-dua.



3. Memakan sayur-sayuran: 
Cuba tanyakan pada mana-mana orang, sayuran hijau adalah satu aspek penting dalam diet yang sihat. Berdaun hijau, sebagai contoh, membawa banyak nutrien harian yang anda perlukan dalam satu hidangan, dan juga boleh membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Pastikan sekurang-kurangnya satu makanan anda mempunyai sejumlah besar hijau untuk mendapatkan manfaat kebanyakan daripada sayur-sayuran anda.

4. Jangan hanya duduk di sana (Malas): 
Ya, duduk boleh membawa maut, anda tidak perlu menghabiskan masa lapan jam melakukannya. Bergerak di sekitar di tempat kerja membantu anda kekal sihat, tetapi itu tidak semestinya mempunyai bermakna trudging atas dan ke bawah tangga bangunan pejabat anda- sentiasa bergerak badan anda dengan cara yang kecil, seperti resah atauregangan di tempat duduk anda, boleh membantu memerangi kesan-kesan yangsedentari (dan membakar beberapa lebih banyak kalori dengan sedikit usaha).

5. Jangan kembali pada tabiat asal: 
Terutama selepas sehari tekanan, pulang ke rumah dan berehat dengan 1 gelas air berkabonat atau mangkuk besar ais krim di atas sofa mungkin semua yang anda ingin lakukan. Tetapi mereka beberapa jam memuaskan nafsu diri boleh batal semua perkara sihat yang anda lakukan pada siang hari, jadi apabila anda tiba di rumah, pastikan anda tidak makan makanan ini sebelum tidur dan membuat sebahagian besar masa TV anda dengan tips ini.



Kita semua sedar banyak benda yang terjadi adalah tidak mengikut kehendak dan apa yang kita rancang, dan kadangkala perkara negative yang berlaku menyebabkan kita patah semagat dan hilang keyakinan diri, dan sememangnya sungguh mencabar untuk kita terus kekal bersikap positif dagan semua dugaan dan cabaran yang kita tempuhi setiap hari. Jadi saya ada beberapa petua yang mungkin dapat membantu memperbaiki attitude dan menjadikan kita seorang yang lebih Positif dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencababar ini.

FASA 1


Ini adalah Fasa pertama dan yang paling penting yang harus kita lakukan sebelum kita teruskan ke fasa yang selanjutnya, Fasa ini bertujuan untuk menutralkan dan memulihkan mindset kita, dan menuteralkan sedikit tekanan yang kita hadapi.

1. Berterima kasih /Bersyukur/ Hargai

•Buat kan satu senarai perkara yang anda rasa anda amat bersyukur atau hargai kerana telah terjadi pada anda. Tapi ingat ini akan menjadi Sesuatu tugasan yang amat sukar sekiranya anda telah debelengu oleh tekanan dan sifat negative dalam jangka masa yang lama, tetapi sedarlah bahawa sebenarnya sentiasa ada perkara yang sepatutnya anda bersyukur, walaupun sekadar makanan untuk anda makan, udara untuk bernafas, angota badan yang masih berfungsi dan sebagainya. Untuk keputusan yang berkekalan, tananmkan tekad dalam diri anda untuk menyenaraikan sekurang kurangnya satu perkara yang amat hargai setiap hari, Dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan sifat negative dan anda akn dapat megurangkan tahap tekanan yang anda alami, dan ianya dapat menyedarkan anda bahawa masih banyak perkara baik yang masih berlaku pada diri anda.


2. Semua yang terjadi ada sebabnya

•SEMUANYA, Ya saya maksudkan semuanya yang terjadi pada kita ada sebabnya. Jika anda mula menilai setiap situasi yang menekan dan mendesak anda dan cuba jadikan ianya sebagai satu cabaran kearah kebaikan dan bukannya tekanan dan sesuatu yang merugikan anda,Anda sebenarnya sudah mula mengubah sikap anda, contohnya jika anda telah terjebak dalam kesesakan lalulintas munkin ini sudah ditakdirkan supaya anda tidak akan terlibat dalam kemalangan yang mungkin akan terjadi keatas anda jika tidak dihalang oleh kesesakan lalulintas itu, atau jika anda diberhentikan kerja angaplah ia sebenarnya permulaan bagi anda untuk mandapat kerja yang lebih baik, Sebenarnya semua perkara boleh di lihat dalam dua persepsi yang berbeza iaitu negative dan positif, jadi latihlah diri anda untuk menilai sesuatu dalam persepsi yang positif kerana ianya akan membantu untuk mengubah sikap anda.

FASA 2


Fasa 2 ini bertujuan untuk megurangkan tekanan (lebih kepada sains) fasa ini lebih senang untuk dilakukan jika anda sudah berjaya di fasa yang pertama, (kalau kepala dah serabut, perasaan tak tenang macam mana nak gelak bila ada orang buat lawak, kang tak pepasalPELAWAK tu jadi PESAKIT. Nak bersenam jauh sama sekali )

3. Lawak Jenaka

•Lawak jenaka ni lebih kurang macam senaman, ia juga dapat merangsan tubuh untuk menghasilan bahan kimia pada otak yang boleh megurangkan tekanan dan secara tak langsung dapat mengalihkan focus kita kepada benda lain dari sikap negative kita. Bahkan menurut kajian ketawa adalah terapi yang baik untuk tekanan,

4. Senaman


•Hehehe Saya tau perkara ini memang menakutkan tetapi jujur saya katakana ini merupakan asas utama yang boleh memberikan kesan serta merta, kerana senaman boleh menghasilkan bahan kimia dalam otak kita yang dapat membant melegakan tekanan , walaupun sekadar menari bila mendengar lagu kesukaan anda.

FASA 3


Fasa 3 adalah fasa yang akan melatih dan membentuk sikap dan keperibadian anda, Fasa ini juga juga akan megubah sikap negatif yang sabati dalam diri anda. Fasa Mungkin akan menjadi sia sia jika ada gagal dalam 2 fasa yang sebelumnya.


5. Lihat , baca atau dengar dari mereka yang anda kagumi ( Pembakar Semangat )

•Tengok dengar atau baca darimana mereka bermula, apa yang mereka lalui, tekanan yang mereka hadapi dan kesukaran yang mereka tempuhi sehingga mereka dikagumi, ini dapat menyedarkan kita bahawa apa yang kita hadapi sekarang tidaklah seteruk mereka, dan semestinya kita juga mampu sapai apa yang telah mereka capai atau mungkin lebih baik dari mereka


6. RAKS – Random Acts of Kindness. (buat kebaikan tanpa memilih orang)

•Cuba luangkan sedikit masa dari dunia sikap negetif kita yang menyeramkan itu untuk berbuat baik pada seseorang, kerana ini terbukti dapat memperbaiki sikap kita dengan serta merta, tidak semestinya anda menderma ribuan ringgit atau membina rumah anak yatim, tetapi cukup sekadar dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada posmen yang menghantar surat saman trafik anda, senyum kepada orang yang anda tidak kenali selepas dia terlangar anda dan mintak maaf kepadanya walaupun dia yang langar anda, atau berikan pujian kepada orang yang anda saying, dan kalau mampu cuba belanja minum orang yang anda tak kenali.


7. Raikan Kejayaan anda

• Fikirkan semua perkara yang telah Berjaya anda lakukan sepanjang hidup anda, cara ini hampir sama dengan bersyukur , Sebagai permulaan anda boleh lakukan dengan cara yang sederhana, Tetapi harus ingat jagan ada “ TAPI “,( boleh tapi, Berjaya tapi. ) dalam diri anda, dan kalau anda mampu cuba raikan kejayaan anda degan cara yang paling meriah, lakukan apa saja yang anda suka bagi meraikan kejayaan itu, bergembiralah degan sepenuh hati, (jagan melampaui batas agama dan moral dah)


Pasukan Terengganu FA dipilih sebagai pasukan yang mana memberikan persembahan yang terbaik dalam kalangan pasukan di Malaysia. Menurut laman sesawang Goal.com, pasukan Terengganu FA memberikan persembahan permainan yang cantik apabila bertemu dengan Kelantan FA dan juga Selangor FA dimana masing-masing kalah ketika berdepan dengan pasukan Terengganu. Berikut adalah ulasan yang dikeluarkan laman sesawang tersebut.



Terengganu (Malaysia)
"They may have lost the Malaysian Cup final on October 29, but their form throughout the month has been terrific. Terengganu dumped heavyweights Kelantan in the quarter-finals, while also steamrolling past Selangor in the semis. The final was disappointing, but the quality they showcased in the quarter and semi-finals was some of the best football seen in Malaysia this year." - Goal.com




SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Sumber: Free Malays




1. Comot

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar

Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul

Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu.
Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu, mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........

Kejadian berlaku apabila seorang pengadil wanita mengadili perlawanan bola sepak lelaki. Walaubagaimanapun, kejadian tersebut adalah tidak disengajakan oleh pemain bola sepak tersebut. Dipercayai berlaku di negara eropah.



Kebiasaannya kita mendengar pemain bola sepak yang menjaringkan gol. Tidak pula kita mendengar pengurus yang menjaringkan gol. Video di bawah menunjukkan bahawa pengurus yang menjaringkan gol tetapi gol yang dijaringkan itu tidak dikira. Pengurus tersebut sempat meraikan gol yang dijaringkannya.


Post sebelum ini menceritakan tentang sepakan percuma Safiq Rahim yang menjadi jaringan gol terbaik pada minggu itu. Berlainan pula pada kali ini, post ini mengisahkan sepakan penalti yang diambik oleh pemain tersebut dengan menggunakan 'backheel'. Tidak percaya? Jom saksikan video tersebut

Selepas berulang kali tonton, tergelak juga seorang-seorang melihat video tersebut. Penjaga gol seakan-akan dipukau. Kelajuan bola tidaklah laju sangat. Mungkin tahap keyakinan penjaga gol itu kurang menyebabkan dia terpaku melihat aksi pemain yang mengambil sepakan penalti tersebut.


Baru-baru ini kita menyaksikan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab bola sepak yang hebat. Kelab-kelab yang terdiri daripada Arsenal, Liverpool dan Chelsea bertandang ke Malaysia untuk siri jelajah Asia 2011. Perlawanan persahabatan diantara Malaysia dan Arsenal menyaksikan Arsenal menang dengan 4 jaringan tanpa berbalas. Tidak lama kemudian Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi tumpuan apabila giliran kelab Liverpool melawan Malaysia. Perlawanan tersebut berakhir dengan jaringan 3 Malaysia dan 6 Liverpool. Salah satu gol tersebut adalah jaringan daripada Safiq Rahim selaku ketua pasukan Malaysia yang mengegarkan jaring pasukan Liverpool dengan sepakan percuma. Gol tersebut telah disenaraikan sebagai gol tercantik untuk minggu itu. Jom kita undi untuk Safiq Rahim.




Sains