Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

Pengetahuan Am


Istana Syarqiyyah ialah istana terbaru Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mempunyai 100 bilik dengan 14 pintu gangsa. Istana tersebut direka oleh arkitek Bill Bensley.

Istana tersebut memukau orang ramai dengan seni reka bentuk dan juga hiasan dalam yang seakan-akan istana fantasi.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytiharkan permasyhuran istana baharu di Bukit Cendering dengan nama Istana Syarqiyyah dan menjadi istana rasmi baginda.

Baginda bertitah demikian pada surat watikah yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Pemasyhuran Nama dan Istiadat Menaikkan Bendera di istana baharu itu.

Istiadat bermula dengan laungan azan oleh pegawai agama istana diikuti upacara menaikkan Bendera Sultan sebelum Ahmad membacakan pengisytiharkan permasyhuran nama istana berkenaan sebagai Istana Syarqiyyah yang bermaksud Permata Timur.

Istana Syarqiyyah merupakan istana utama baginda sultan dan segala majlis rasmi akan berlangsung di istana berkenaan.









Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.

Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat.

1. MINYAK HITAM

Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER


Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).

3. SPARK PLUG


Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.

Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.

Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. BATERI KERETA

Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.

Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.

Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.

Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.

5. TIMING BELT

Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.

Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.

6. CLUTCH PLUG


Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.

7. FUEL FILTER

Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

8. AIR FILTER (Filter Udara)

Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

9. ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.

Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.

Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.

10. GEAR OIL

Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. RADIATOR COOLANT

Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.

Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.

Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.

Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14. MAINTENANCE SCHEDULE

Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!

15. MINYAK HITAM

Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.

Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.

Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.

Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

16. MINYAK GEAR


Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.

Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.

17. FLUSH

Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.

Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.

Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

18. WATER PUMP

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.

Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.

Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.



19. OVERHAUL

Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.

Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.

Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.

20. TIMING BELT

Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.

Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.

Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.

Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.

Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :

Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc

Model seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.

Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Terdapat lebih daripada 200 buah negara di dunia. Kebiasaan yang tergambar difikiran apabila memikirkan berkenaan negara ialah mempunyai kawasan tanah yang besar serta mempunyai penduduk yang ramai. Ada terdapat negara yang begitu kecil sehinggakan saiz bandar-bandar di negara lain lebih besar daripada negara-negara kecil ini. Kebanyakkan negara tersebut berada di wilayah Eropah, Carribean dan Pasifik. Tahukah anda terdapat banyak negara di dunia ini dengan keluasan kurang daripada 400 kilometer persegi.

Dengan kerajaan mereka sendiri dan budaya tersendiri, negara-negara kecil adalah beberapa tempat dimana mempunyai kekayaan, paling jauh dan yang paling menarik di dunia. Mari kita lihat 10 negara paling kecil di dunia.

10. Grenada - 344 Kilometer Persegi


Sebuah negara kepulauan di Caribbean, Grenada juga dikenali sebagai "Pulau Spice." Pengeluar terbesar di dunia buah pala dan tanaman cokmar, negara ini yang terletak di barat laut Trinidad dan Tobago telah dijajah oleh Perancis pada tahun 1649-1763, dimana jelas mempunyai pengaruh yang kuat daripada tradisi dan budaya Perancis. Satu destinasi pelancongan yang popular, anda akan mendapati kebanyakkan seni binanya dipengaruhi dengan seni bina Perancis. Sukan paling popular bagi negara ini ialah kriket

9. Malta - 316 Kilometer Persegi


Malta adalah satu lagi negara pulau, bagaimanapun, ianya terletak di Laut Mediterranean. Terdapat 3 buah pulau utama membentuk Republik Malta: Gozo, Comino, dan yang terbesar, Malta. Negara kecil ini mempunyai populasi penduduk lebih 450,000 orang, menjadikannya salah satu daripada negara-negara yang paling padat dengan penduduk di dunia. Satu lagi destinasi pelancongan popular, warga asing dari seluruh dunia datang ke Malta untuk cuaca yang cerah, pantai yang menarik, lebih 7,000 tahun sejarah menarik, dan kehidupan malam yang masih bertenaga.

8. Maldives - 300 Kilometer Persegi


Satu destinasi pelancongan popular di Lautan Hindi, Maldives adalah negara yang paling kecil di Asia dari segi kawasan dan penduduk. Terdapat lebih daripada 1,192 pulau karang di Maldives, yang terbahagi kepada 90,000 sq.km, menjadikannya salah satu daripada negara-negara dunia yang paling tersebar. Negara ini pernah menjadi tanah jajahan banyak empayar iaitu Portugis, Belanda, dan British, tetapi menjadi sebuah negara merdeka pada tahun 1965. Hari ini, Maldives mempunyai ekonomi pelancongan yang baik kerana pantai pasir putih yang terkenal dan perairan kristal biru.

7. Saint Kitts and Nevis - 261 Kilometer Persegi


Ibu Koloni India Barat, ini dua buah pulau di Caribbean adalah sebahagian daripada pulau-pulau pertama yang diduduki oleh orang Eropah. Ekonominya bergantung kepada pelancongan, pertanian, dan industri pembuatan kecil. Pulau ini juga menyediakan tapak menyelam yang hebat kerana mempunyai hidupan laut yang pelbagai. Merupakan pengeksport gula utama selama berabad-abad, ladang-ladang besar kini telah ditukar menjadi hotel dan resort.

6. Liechtenstein - 160 Kilometer Persegi


Sebuah negara berbahasa Jerman, ini adalah satu-satunya negara di dunia yang benar-benar terletak di pergunungan Alps. Terletak antara negara Switzerland dan Austria, Liechtenstein adalah negara yang terkaya di dunia dengan KDNK per kapita, dengan kadar pengangguran terendah (1.5%). Masuk ke negara ini adalah sedikit rumit kerana tanpa mempunyai lapangan terbang. Pelawat perlu melalui Lapangan Terbang Zurich Switzerland untuk sampai ke negara ini yang masih diperintah oleh seorang putera.

5. San Marino - 61 Kilometer Persegi


Dikelilingi sepenuhnya oleh Itali, San Marino juga dikenali sebagaithe Most Serene Republic of San Marino’. Mengaku sebagai negara yang tertua yang masih hidup berdaulat di dunia, ia juga merupakan salah satu negara yang paling kaya dari segi KDNK per kapita. Negara ke-3 paling kecil di Eropah, ianya mempunyai penduduk hanya 30,000 orang, menjadikan salah satu negara yang mempunyai kadar pengangguran paling rendah di dunia.

4. Tuvalu - 26 Kilometer Persegi

   
Dahulu dikenali sebagai Kepulauan Ellice, Tuvalu terletak di Lautan Pasifik, barat Australia. Terdapat kira-kira 10,000 orang penduduk, dengan 8km panjang jalan raya, dan hanya 1 hospital dibina di pulau utama. Negara ini pernah menjadi wilayah British tetapi merdeka pada tahun 1978. Tempat yang sukar untuk sampai, pelancongan tidak begitu ketara. Pada tahun 2010, kurang daripada 2,000 pelawat datang ke Tuvalu, dengan 65% daripada mereka yang datang untuk perniagaan.

3. Nauru - 21 Kilometer Persegi


Sebuah negara kepulauan yang terletak di timur Australia, Nauru adalah negara pulau yang paling kecil di dunia. Ia dikenali sekitar tahun 1980-an untuk perlombongan fosfat yang berkembang pesat tetapi kini pulau tersebut tenang daripada dikunjungi oleh pelancong. Dahulu dikenali sebagai Pulau Pleasant, sumber fosfat yang kini pupus, yang membawa kepada kadar pengangguran negara yang tinggi iaitu 90%, dengan baki 10% yang digunakan oleh kerajaan. Nauru juga dikenali sebagai negara yang mempunyai rakyat paling gemuk di dunia, dengan 97% lelaki dan 93% wanita menjadi obes atau berat badan berlebihan. Oleh kerana itu, Nauru juga rumah kepada tahap tertinggi di dunia bagi diabetes, dengan 40% daripada penduduknya menghidap penyakit itu.

2. Monaco - 2 Kilometer Persegi


Terletak di Riviera Perancis, Monaco adalah rumah kepada beberapa bilangan terbesar jutawan dan merupakan jutawan per kapita di dunia. Terkenal dengan industri barangan dan perkhidmatan perjudian dan mewah, Monaco adalah taman permainan kegemaran orang kaya dan terkenal. Bersempadan dengan Perancis pada 3 bahagian dan satu bahagian lagi ialah Laut Mediterranean, penduduk Monaco kebanyakannya berbahasa Perancis. Dengan penduduk lebih 36,000 orang, Monaco adalah negara di dunia yang paling padat dengan penduduk. Acara tahunan yang paling popular adalah perlumbaan Formula 1, dengan trek yang melalui jalan-jalan bandar.

1. Vatican - 0.44 Kilometer Persegi


Negara terkecil di dunia adalah Vatican, juga dikenali sebagai Holy See. Negara ini terletak dalam ibu kota Itali Rom, dan merupakan pusat Gereja Katolik. Ia juga rumah kepada gereja yang terbesar di dunia - Basilika St. Peter dan terdapat beberapa kerja seni yang paling banyak daripada Renaissance seperti The Pieta. Pendapatannya datang dari sumbangan sukarela melebihi 1 bilion ahli Gereja Roman Katolik di seluruh dunia. Baki ekonominya datang dari jualan setem pos, cenderamata pelancong, dan bayaran masuk muzium.

PULAU HASHIMA - JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun.

Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Ditemui pada tahun 1887, pulau yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation.

Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun  1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.

Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut.

 Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja.

Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar.

Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana.

Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut.

Sumber : Sinar Harian Online









SHAH ALAM - Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktiraf sebagai nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).

Nama unik itu diumumkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Sulaiman Keling ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, baru-baru ini.

Difahamkan, pemilik nama terpanjang di Malaysia itu masih menuntut di sebuah sekolah rendah dan berusia lapan tahun.

Sulaiman dalam pada itu berkata, nama terpanjang itu adalah antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada 1948.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, namun ia (nama terpanjang) adalah antara maklumat menarik seperti nama yang paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini.

“Suka untuk saya kongsikan dengan semua pada majlis hari ini (semalam) mengenai keunikan yang ada pada JPN,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 400 hadirin.

Majlis Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 itu disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

Sumber : Sinar Harian



Terdapat banyak kekeliruan dalam kalangan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian peringkat ijazah. Lazimnya kita sering mendengar ijazah kepujian dan jarang-jarang mendengar ijazah tanpa kepujian. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan antara ijazah kepujian dan ijazah bukan kepujian. 
Sebaik-baiknya dapatkan ijazah kepujian. Sebab-sebabnya akan diterangkan di bawah.

Maklumat di bawah adalah koleksi dari beberapa sumber dan pendapat individu. Ianya tidaklah diyakini benar. Anda dinasihatkan membuat kajian sendiri berkenaan hal ini untuk kepastian.

IJAZAH KEPUJIAN
 
Ijazah Kepujian masih Ijazah Sarjana Muda. Untuk lebih tepat, kebiasaanya perkataan kepujian berada di dalam kurungan bagi sesuatu bidang pengajian. Sebagai contoh, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (kepujian).
Terdapat dua sistem yang sangat berbeza dalam menentukan ijazah kepujian dalam dunia hari ini. Sistem UK dan sistem Australia / NZ. Di Malaysia, kita mengikuti rapat dengan sistem UK kerana kebanyakan negara-negara Komanwel yang lain mengaplikasikan sistem tersebut. Saya tidak pasti tentang universiti-universiti di Amerika Syarikat, tetapi kebanyakan daripada mereka menggunakan sistem yang sama juga. Dalam pengetahuan saya, hanya Australia dan New Zealand menggunakan sistem Australia / New Zealand. 

Sebelum penerangan selanjutnya, anda harus memahami bahawa ijazah sarjana muda terdapat tiga kelas yang menunjukkan prestasi tetapi ianya tidak memberi kesan kepada kepujian. kelas-kelas berikut ialah kelas pertama, kelas kedua atas, kelas kedua rendah dan kelas ketiga.

Sistem United Kingdom (UK)

Dalam sistem UK, gelar kehormatan membezakan antara ijazah profesional / khusus dan standard / ijazah umum biasa. Status kepujian diisytiharkan terlebih dahulu sebelum pelajar mengambil kursus ini, bermakna mereka akan tahu jika mereka akan lulus dengan kepujian atau tidak. Pelajar perlu lulus sekurang-kurangnya 2.00 CGPA (kelas 2 bawah) pada akhir pengajian mereka. Terdapat pengiraan khusus bagi mengira CGPA. 

Ijazah Kepujian akan mempunyai komponen penyelidikan pada akhir pengajian, biasanya dalam bentuk tesis penyelidikan. Ini adalah komponen tambahan akademik yang tidak tersedia di ijazah bukan kepujian. Dan biasanya kursus profesional menetapkan penyelidikan sebagai satu komponen penting untuk menentukan pengiktirafan profesional. 

Jadi jika anda bimbang dengan pengakuan profesional (untuk kursus seperti seni bina, kejuruteraan, perubatan, undang-undang atau perakaunan), pastikan anda memberi perhatian kepada tajuk kepujian dalam nama ijazah tersebut. Sebaik-baiknya, pilihlah yang mempunyai kepujian.

Sistem Australia / New Zealand

Mengikut piawaian Australia pemberian kepujian adalah hanya setelah selesai dari tahun 4 pengajian pilihan yang terdiri daripada kerja-kerja penyelidikan berasas di mana pada akhir pengajian, pelajar dijangka menerbitkan tesis. Pelajar tidak boleh memohon untuk mendapatkan kepujian. Ianya akan diberikan kepada pelajar tertentu. Asas kepada pemilihan pelajar tersebut bergantung kepada sejauh mana prestasi pelajar pada tahun 2 dan tahun 3 pengajian. Jika tiada jemputan daripada universiti untuk meneruskan tahun 4. Mereka akan menamatkan pengajian pada tahun 3.

Pada dasarnya sistem / NZ Australia hanya memberikan anugerah kehormat atau kepujian kepada pelajar terpilih sahaja. Ianya seperti meletakkan prestij kepada sesebuah ijazah kepujian berbanding sistem UK. Walau bagaimanapun, kedua-duanya tidak boleh dibandingkan secara langsung.

BUKAN IJAZAH KEPUJIAN

Ijazah bukan kepujian, juga dikenali sebagai ijazah umum, piawaian yang lebih rendah sedikit daripada Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian. Bagaimanapun, perbezaan utama antara ijazah am dan ijazah kepujian adalah gelar kepujian memerlukan tesis pada akhir ijazah. manakala pelajar ijazah am berakhir kajian mereka dengan projek tamat pengajian.
Tahun 2013 hampir untuk melabuhkan tirainya. Mungkin anda ingin merancang bercuti bersama keluarga atau sendiri ke tempat yang terbaik untuk dilawati. Dibawah ini adalah senarai 10 negara terbaik yang menarik untuk dikunjungi pada tahun hadapan iaitu 2014. Apa yang menariknya, Malaysia juga tidak terlepas daripada tersenarai dalam senarai 10 negara terbaik. Ingin tahu kedudukan Malaysia?

1. Brazil




Brazil tersenarai di tempat pertama adalah disebabkan oleh Brazil akan menjadi tuan rumah kejohanan hebat yang ditunggu-tunggu seluruh dunia iaitu Piala Dunia 2014 Bola Sepak. Sudah tentu Brazil menjadi tumpuan pada tahun 2014.

2. Antarctica



Negara ini tersenarai mungkin disebabkan kedudukan geografiknya dan juga hidupan liar di sana yang menjadi tarikan utama pelancong bagi merasai keseronokkan di sana.

3. Scotland




Scotland juga seperti negara Brazil. Scotland akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan XX Commonwealth Games pada musim panas 2014.

4. Sweden




Negara ini mempunyai tarikan dari segi makanan, budaya dan kisah seram.

5. Malawi




Malawi terkenal dengan keunikkan hidupan liar dan juga keindahan alam semulajadi iaitu pantai-pantai dan pulau-pulau.

6. Mexico



Mexico seperti Malawi. Mempunyai keenakkan makanan, serta pantai yang cantik.

7. Seychelles




Seperti Mexico dan Malawi. Keindahan pulau menjadi salah satu sebab utama pelancong datang ke negara ini.

8. Belgium




Belgium terkenal dengan jolokan bandar fotografi. Pasti peminat fotografi akan berkunjung ke sini.

9. Macedonia




Negara ini dikatakan sangat mesra dengan pengunjung atau pelancong. Sudah tentu pelancong inginkan layanan yang mesra daripada penduduk setempat,

10. Malaysia



Malaysia melonjak ke tangga 10 terbaik setelah dilihat terdapat banyak tempat menarik yang jarang-jarang sekali ada di lain tempat seperti contoh Legoland, Hello Kitty Land, dan banyak lagi.

Sains