Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

Pelbagai


Istana Syarqiyyah ialah istana terbaru Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mempunyai 100 bilik dengan 14 pintu gangsa. Istana tersebut direka oleh arkitek Bill Bensley.

Istana tersebut memukau orang ramai dengan seni reka bentuk dan juga hiasan dalam yang seakan-akan istana fantasi.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytiharkan permasyhuran istana baharu di Bukit Cendering dengan nama Istana Syarqiyyah dan menjadi istana rasmi baginda.

Baginda bertitah demikian pada surat watikah yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Pemasyhuran Nama dan Istiadat Menaikkan Bendera di istana baharu itu.

Istiadat bermula dengan laungan azan oleh pegawai agama istana diikuti upacara menaikkan Bendera Sultan sebelum Ahmad membacakan pengisytiharkan permasyhuran nama istana berkenaan sebagai Istana Syarqiyyah yang bermaksud Permata Timur.

Istana Syarqiyyah merupakan istana utama baginda sultan dan segala majlis rasmi akan berlangsung di istana berkenaan.









Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.

Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat.

1. MINYAK HITAM

Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER


Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).

3. SPARK PLUG


Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.

Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.

Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. BATERI KERETA

Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.

Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.

Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.

Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.

5. TIMING BELT

Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.

Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.

6. CLUTCH PLUG


Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.

7. FUEL FILTER

Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

8. AIR FILTER (Filter Udara)

Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

9. ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.

Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.

Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.

10. GEAR OIL

Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. RADIATOR COOLANT

Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.

Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.

Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.

Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14. MAINTENANCE SCHEDULE

Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!

15. MINYAK HITAM

Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.

Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.

Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.

Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

16. MINYAK GEAR


Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.

Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.

17. FLUSH

Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.

Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.

Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

18. WATER PUMP

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.

Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.

Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.



19. OVERHAUL

Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.

Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.

Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.

20. TIMING BELT

Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.

Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.

Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.

Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.

Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :

Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc

Model seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.

Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

SHAH ALAM - Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktiraf sebagai nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).

Nama unik itu diumumkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Sulaiman Keling ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, baru-baru ini.

Difahamkan, pemilik nama terpanjang di Malaysia itu masih menuntut di sebuah sekolah rendah dan berusia lapan tahun.

Sulaiman dalam pada itu berkata, nama terpanjang itu adalah antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada 1948.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, namun ia (nama terpanjang) adalah antara maklumat menarik seperti nama yang paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini.

“Suka untuk saya kongsikan dengan semua pada majlis hari ini (semalam) mengenai keunikan yang ada pada JPN,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 400 hadirin.

Majlis Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 itu disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

Sumber : Sinar Harian

Lelaki pada mata kasar adalah jenis jantina yang mempunyai sifat bertentangan dengan kaum wanita. Namun dalam dunia kaum Adam, lelaki boleh terdiri daripada beberapa kategori. Setiap kategori lelaki ini mewakili personaliti, minat serta perwatakan yang berbeza.

1. Heteroseksual
Heteroseksual merupakan kategori lelaki yang mendominasi peratusan lelaki seantero dunia. Lelaki dalam kategori ini mempunyai minat yang normal iaitu pada jantina yang berbeza (wanita).

Dari segi penampilan, lelaki heteroseksual digambarkan sebagai tidak cerewet, hanya memakai pakaian mengikut rutin serta hanya segelintir lelaki daripada kategori ini yang mementingkan penjagaan diri dari atas ke bawah.

Lelaki heteroseksual juga mengamalkan rutin hidup dengan cara yang betul dengan tidak melakukan hubungan seks songsang.

2. Metroseksual
Lelaki metroseksual merupakan lelaki yang mementingkan penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Golongan lelaki jenis ini juga menggemari penggayaan fesyen pakaian serta kesihatan diri.

Lelaki metroseksual gemar menonjolkan diri melalui pemakaian serta penjagaan tubuh badan. Mereka juga bersifat terbuka jika berbicara mengenai penjagaan diri, fesyen serta penampilan malahan ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan diri agar tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk mendapatkan perkhidmatan di spa.

Istilah metroseksual juga turut dikait kan dengan istilah homoseksual yang mempunyai persamaan dari segi penampilan serta sikap ingin menonjolkan diri. Pada masa kini juga, peratusan lelaki metroseksual semakin bertambah kerana mereka sudah mementingkan penjagaan diri serta fesyen. Tapi tidak semua lelaki metroseksual bersifat homoseksual.

3. Uberseksual
Uberseksual adalah kategori lelaki yang mempunyai fi kiran terbuka serta berpandangan jauh. Dari segi fizikal, lelaki uberseksual mempunyai persamaan dengan heteroseksual.

Uberseksual lebih mementingkan nilai tujuan serta prinsip dalam melakukan sesuatu. Golongan ini akan meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang berfaedah seperti mengembangkan bisnes dan memantap kan kerjaya berbanding perkara remeh.

Lelaki uberseksual juga melayan dan menghormati wanita secara sama rata tetapi menganggap lelaki dan wanita sebagai kawan baiknya. Dari segi fizikal, uberseksual mempunyai naluri serta sifat maskulin yang tinggi.
Uberseksual bersifat lebih sensual tidak terlalu obses pada diri sendiri malah ghairah pada perniagaan, politik serta hal ehwal dunia.

4. Biseksual
Lelaki dalam kategori biseksual merupa kan golongan lelaki yang tertarik kepada kaum perempuan dan juga lelaki. Golongan lelaki yang ditegah oleh agama ini kebiasaannya dikaitkan dengan kecelaruan sek sologi kerana cenderung kepada kedua-dua jantina.

Kecenderungan sek sual bagi lelaki biseksual adalah berada di antara hetero seksual kepada homoseksual. Ini bermaksud seseorang itu mungkin heteroseksual tetapi mempunyai sedikit perasaan homoseksual atau sebaliknya.

Dari segi fi zikal, lelaki biseksual boleh ditemui dalam keadaan ‘lelaki’ atau berperwatakan sedikit lembut. Lelaki biseksual juga mempunyai persamaan dengan metroseksual kerana mementingkan penam pilan diri serta penjagaan kulit.

5. Homoseksual
Biar melakukan dosa besar namun hakikatnya golongan lelaki homoseksual atau golongan pencinta kaum sejenis ini semakin ramai dalam masyarakat hari ini.

Berbeza dengan golongan heteroseksual, lelaki homoseksual mudah tertarik kepada kaum Adam dan merasakan diri mereka seolah-olah dibayangi dengan naluri perempuan yang memerlukan lelaki sebagai teman hidup.

Fizikal golongan homoseksual terdiri daripada perwatakan lembut dan juga perwatakan seperti lelaki heteroseksual. Tidak semua lelaki berperwatakan lembut bersifat homoseksual kerana selera seks mereka ada yang terarah kepada wanita.

Dalam dunia siber cukup terkenal istilah 'Spam'. 'Spam' dihantar melalui email, media sosial dan lain-lain kali. Berbeza dengan entri kali ini, Aktiviti 'SpamBot' dikesan di kehidupan sebenar. Cukup pantas dan cekap. Sila lihat video yang disediakan.



Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.

Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.

1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.

2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.

Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber.

Saya bukanlah seorang hacker atau pengodam. Dengan sedikit ilmu yang saya ada, ingin saya kongsikan dengan kawan-kawan di facebook. Saya baru sahaja menerima satu 'message' daripada sahabat melalui 'inbox' dimana dia meminta saya melihat gambar keluarga dan seterusnya memasukkan 'email' dan juga 'password' facebook. Berhati-hati kerana ianya adalah bertujuan untuk mendapat 'email' dan 'password' anda.

Sekiranya anda ke laman web http://www.view.photos.lc/ anda akan dapati ianya mirip seperti facebook tetapi URL dia bukan seperti biasa iaitu http://www.facebook.com. Ini merupakan salah satu teknik hacking yang agak porpular suatu ketika dahulu. Teknik ini dikenali sebagai 'Phishing'. Sekiranya anda memasukkan kata 'email' dan juga 'password' seperti biasa, ianya tidak dihantar kepada facebook tetapi dihantar kepada email pengodam tersebut.

Berikut ialah screenshoot laman web tersebut.


Sekiranya anda menggunakan antivirus yang baik. Program Antivirus tersebut akan memaklumkan kepada anda bahawa laman tersebut tidak benar. Sebagai contoh, saya menggunakan Antivirus Bitdefender yang merupakan antivirus terbaik pada tahun lepas. Antivirus tersebut tidak membenarkan saya untuk masuk ke laman web tersebut dan meninggalkan sedikit nota seperti di bawah.


Ini adalah salah satu teknik hacking. terdapat banyak lagi teknik yang boleh digunakan oleh hacker atau pengodam.

Pada tahun hadapan, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan wang bagi kegunaan mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang baru. Rakyat Malaysia bakal menggunakan wang baru tersebut pada tahun hadapan. Wang yang dimaksud adalah melibat perubahan terhadap semua nilai wang kertas dan wang syiling. Pada tahun hadapan, BNM juga turut memperkenalkan wang kertas RM20 yang sebelum ini tidak wujud. Berikut merupakan contoh wang kertas.





Gambar dibawah pula bagi wang syiling.





Bagi wang syiling, ianya mempunyai namanya tersendiri bagi setiap satu nilai.




Google, Inc. merupakan sebuah syarikat awam Amerika Syarikat, yang mendapat untung dari iklan yang berkaitan dengan enjin gelintarInternet, e-mel, pemetaan dalam talian, produktiviti pejabat, rangkaian sosial dan perkhidmatan berkongsi video. Google pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 19,786 orang pekerja sepenuh masa setakat 31 Mac 2009. Eric Schmidt, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Novell, merupakan CEO Google sekarang, semenjak penubuh syarikat ini Larry Page meletak jawatan.

Nama "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol," yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam Bahasa Inggeris dibubuh dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary, bermaksud "menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh maklumat dari Internet."

Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California.

Misi Google adalah "untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal". Slogan tidak rasmi syarikat ini, diciptakan oleh mantan pekerja dan jurutera pertama Gmail Paulus Buchheit, adalah "Jangan jahat". Kritik terhadap Google termasuk kebimbangan tentang privasi maklumat peribadi, hak cipta, dan sensor (Wikipedia)

















Bayi yang dilahirkan pada hari ini (11.11.2011) di negeri Terengganu mempunyai nombor kad pengenalan yang unik iaitu 111111-11-****. Hal ini disebabkan kod kad pengenalan bagi negeri Terengganu Darul Iman ialah nombor 11. Tahniah ibu bapa yang melahirkan bayi pada hari ini secara amnya dan bagi yang melahirkan anak di Terengganu khasnya. Nombor kad pengenalan yang unik dengan aturan nombor 1 sebanyak lapan (8) kali.



Sekumpulan mahasiswa dari New York University ditangkap di Amerika atas tuduhan kecurian 3 juta dolar dari bank-bank Amerika dan 9,5 juta dari Inggris.Salah satu hacker layak untuk mendapatkan perhatian khusus dan ini Kristina Svechinskaya - yang telah disebut Anna Chapman kedua dan hacker terseksi di dunia.






Pengkongsian gambar-gambar yang menarik untuk ditatap.


Afghanistan







Burma





India







Kemboja


Sri Lanka


Thailand


Tibet


Yaman



Sains