Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

Sukan


Pasukan Terengganu FA dipilih sebagai pasukan yang mana memberikan persembahan yang terbaik dalam kalangan pasukan di Malaysia. Menurut laman sesawang Goal.com, pasukan Terengganu FA memberikan persembahan permainan yang cantik apabila bertemu dengan Kelantan FA dan juga Selangor FA dimana masing-masing kalah ketika berdepan dengan pasukan Terengganu. Berikut adalah ulasan yang dikeluarkan laman sesawang tersebut.



Terengganu (Malaysia)
"They may have lost the Malaysian Cup final on October 29, but their form throughout the month has been terrific. Terengganu dumped heavyweights Kelantan in the quarter-finals, while also steamrolling past Selangor in the semis. The final was disappointing, but the quality they showcased in the quarter and semi-finals was some of the best football seen in Malaysia this year." - Goal.com




SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Sumber: Free Malays



Kejadian berlaku apabila seorang pengadil wanita mengadili perlawanan bola sepak lelaki. Walaubagaimanapun, kejadian tersebut adalah tidak disengajakan oleh pemain bola sepak tersebut. Dipercayai berlaku di negara eropah.



Kebiasaannya kita mendengar pemain bola sepak yang menjaringkan gol. Tidak pula kita mendengar pengurus yang menjaringkan gol. Video di bawah menunjukkan bahawa pengurus yang menjaringkan gol tetapi gol yang dijaringkan itu tidak dikira. Pengurus tersebut sempat meraikan gol yang dijaringkannya.


Post sebelum ini menceritakan tentang sepakan percuma Safiq Rahim yang menjadi jaringan gol terbaik pada minggu itu. Berlainan pula pada kali ini, post ini mengisahkan sepakan penalti yang diambik oleh pemain tersebut dengan menggunakan 'backheel'. Tidak percaya? Jom saksikan video tersebut

Selepas berulang kali tonton, tergelak juga seorang-seorang melihat video tersebut. Penjaga gol seakan-akan dipukau. Kelajuan bola tidaklah laju sangat. Mungkin tahap keyakinan penjaga gol itu kurang menyebabkan dia terpaku melihat aksi pemain yang mengambil sepakan penalti tersebut.


Baru-baru ini kita menyaksikan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab bola sepak yang hebat. Kelab-kelab yang terdiri daripada Arsenal, Liverpool dan Chelsea bertandang ke Malaysia untuk siri jelajah Asia 2011. Perlawanan persahabatan diantara Malaysia dan Arsenal menyaksikan Arsenal menang dengan 4 jaringan tanpa berbalas. Tidak lama kemudian Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi tumpuan apabila giliran kelab Liverpool melawan Malaysia. Perlawanan tersebut berakhir dengan jaringan 3 Malaysia dan 6 Liverpool. Salah satu gol tersebut adalah jaringan daripada Safiq Rahim selaku ketua pasukan Malaysia yang mengegarkan jaring pasukan Liverpool dengan sepakan percuma. Gol tersebut telah disenaraikan sebagai gol tercantik untuk minggu itu. Jom kita undi untuk Safiq Rahim.




Sains