Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

/ / / 8 Perkara Di Awal Pagi Buat Anda Sihat


Waktu pagi adalah permulaan bagi setiap hari. Mood pada waktu pagi kadangkala mempengaruhi aktiviti sepanjang hari. Jika mood waktu pagi agak teruk, sudah tentu kita akan rasa sedikit tekanan lebih-lebih lagi apabila menatap masalah di tempat kerja. Berikut adalah perkara atau aktiviti permulaan yang baik dilakukan pada waktu pagi.

1. Solat Atau Sembahyang

Bagi yang muslim, solat adalah kunci untuk mencegah kemungkaran. Solat juga tanda kita bersyukur kepada Allah dan juga memohon perlindungan daripada Nya untuk menjalani hari-hari mendatang. Kebiasaannya jika seseorang meninggalkan solat subuh, dia akan merasa resah atau ada yang tidak kena pada hari tersebut.

2. Minum Segelas Air Sebaik Sahaja Bangun Daripada Tidur

Ini membolehkan badan anda hidrat semula, Menyempurnakan sistem pencernaan anda, dan mendapat bendalir di dalam tubuh. Anda mungkin perasan perubahan positif seperti kulit yang lebih cerah dan pencernaan yang lebih baik. Lebih baik jika anda dapat memerah jus lemon segar atau satu sudu teh cuka epal.

3. Jangan Semak Email Atau Telefon Bimbit Dalam Masa Sejam

Adakah anda tidur dengan telefon bimbit di sebelah dan mencapainya sebaik sahaja bangun daripada tidur? Ini bukan tabiat yang baik. Jika anda memilih untuk menahan diri daripada memeriksa e-mel dan Facebook sehingga sekurang-kurangnya satu jam selepas bangun dari tidur, fikiran anda akan lebih jelas, fokus dan gembira.

4. Fikirkan Sesuatu Yang Positif

Ianya mampu membuatkan anda lebih positif sepanjang hari. Jika ianya tiga atau empat perkara lebih baik. Jika anda seorang peniaga mungkin boleh memikirkan keuntungan yang dikecapi kelak.

5. Mengambil Udara Di Luar Rumah

Mengisi paru-paru anda dengan udara segar. Walaupun ia sejuk di luar. Ini hanya mengambil masa 10 saat! Ia mengingatkan anda bahawa anda masih hidup dan bernafas.

6. Bersenam

Anda tidak semestinya perlu melakukan senaman yang berat sebelum sarapan, tetapi membuat pergerakkan badan walaupun sedikit adalah cara terbaik untuk peredaran darah dan menyediakan badan untuk sepanjang hari. Pergerakkan senam aerobik yang ringan adalah disyorkan.

7. Mengambil Sarapan

Pengambilan makanan sarapan pada waktu pagi adalah penting untuk tubuh badan. Faktor pemakanan yang diambil juga memainkan peranan. Ambil makanan yang segar dan menyihatkan. Telur atau oats berendam adalah pilihan terbaik.

8. Ikrar Pada Diri Sendiri

Lakukan dihadapan cermin dan lafaz ikrar anda untuk hari tersebut. Intipati ikrar mestilah bersifat positif. Ambil peluang untuk memuji diri sendiri dan seterusnya kekal fokus dalam mencapai ikrar tersebut.

«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

About Unknown

UUM Alumni.Blogger.Lover

Sains