Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

/ / / [Gambar] Rumah Paling Sempit Didunia


Bandar Warsaw di Poland adalah tempat di mana salah satu rumah di dunia yang paling unik boleh didapati. Ianya hampir mustahil untuk anda melihat rumah tersebut jika anda hanya melintasinya, tetapi jika anda sedang mencari rumah tersebut maka anda boleh menemui dan melihat rumah yang nipis tersebut terletak di antara dua celahan bangunan .

The Keret House telah dibina oleh seorang arkitek Poland iaitu Jakub Szczseny yang hanya mempunyai 50 inci lebar sahaja. Rumah itu menjadi sebahagian dari tarikan pelancong padag akhir-akhir ini , walaupun ramai pengunjung baru yang hadir sering terlepas rumah tersebut sama sekali kerana terlalu nipis dan menyangkakan ianya bukan sebuah rumah. Rumah itu dibina oleh Jakub untuk penulis-penulis yang dalam perjalanan dan menginginkan sebuah rumah untuk berteduh atau berehat, Jakub fikir bahawa tidak ada orang yang mahu hidup dalam ruangan yang kecil untuk masa yang lama .

Rumah ini dibina atas tiang dan diakses oleh tangga utama , manakala setiap tingkat di rumah boleh diakses oleh tangga yang sempit . Kawasan utama bangunan itu adalah seperti sebuah pangsapuri loteng versi kecil dan ruang keseluruhan rumah adalah sepenuhnya berfungsi tanpa kelebihan lain. Bagi anda yang ingin melihat bangunan itu sendiri , ia boleh didapati di antara bangunan di Chlodna 22 Street dan Zelazna 74 Street di Warsaw , Poland. Bagi yang tidak berpeluang kesana boleh melihat beberapa gambar dibawah.











«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

About Unknown

UUM Alumni.Blogger.Lover

Sains