Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

/ / / Kingdom Tower Bakal Menjadi Menara Tertinggi Di Dunia


Kingdom Tower di Jeddah, Arab Saudi bakal menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di dunia apabila ia bakal disiapkan pada 2016 atau 2017.

Menara yang menelan perbelanjaan awal sebanyak US$ 1.23 billion itu merupakan antara sebahagian fasa pertama pembangunan ‘City Kingdom’ yang mencecah lebih dari US$ 20 billion.

Projek ‘City Kingdom’ itu akan terletak di sepanjang Laut Merah, utara Jeddah.

Sekiranya menara ini siap, ia bakal menjadi menara tertinggi di dunia yang akan melangkaui 600 kaki ketinggian ‘The Burj Khalifa’ di Dubai.



Malah, menara itu juga bakal menjadi struktur pertama yang mencapai ketinggian satu kilometer.

Pada peringkat permulaan, bangunan tersebut dirancang setinggi 1.6 kilometer, namun struktur geografi di kawasan tersebut tidak sesuai untuk menampung ketinggian sebegitu.

Arkitek menara itu, Adrian Smith telah menggabungkan pelbagai ciri-ciri unik dan estetik untuk menjadikan menara itu sesuatu lain dari yang lain.

Berkeluasan 5,700,000 kaki persegi, menara itu akan dilengkapi dengan 59 lif berkelajuan 22 batu sejam serta bakal menjadi menara yang mempunyai hotel empat musim dan kondominium.

Ketua bagi projek tersebut ialah Putera Al-Waleed bin Talal yang merupakan Arab terkaya di Timur Tengah yang juga anak saudara kepada Raja Abdullah.

Beliau merupakan pengerusi kepada syarikat terbesar di Arab Saudi, Kingdom Holding Company serta bertindak sebagai rakan kongsi di dalam Jeddah Economy Company.





Jeddah Economy Company telah ditubuhkan pada 2009 bertujuan untuk membangunkan Kingdom Tower dan Kingdom City di negara itu.

Dalam merangka pembangunan sebegitu, pelbagai komen serta maklumbalas telah diberikan.

Antara komen positif adalah pembangunan Kingdom City akan melambangkan kuasa dan kekayaan negara.





Namun, ada pihak yang mempertikaikan berkenaan isu sosioekonomi yang diramal akan mempunyai kesan kewangan negatif kepada negara tersebut.





«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

About Unknown

UUM Alumni.Blogger.Lover

Sains