Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

April 2012



Tahun 1960an , Korea utara menghantar komando memasuki korea selatan bertujuan untuk bunuh presiden korea selatan tetapi tidak berjaya. Korea selatan mengetahui hal itu lalu merancang sesuatu iaitu menubuhkan Unit 684. mereka pergi ke penjara dan mencari sesiapa yang tiade saudara, penjenayah berat, dan yang menjalani hukum penjara yang lama. tujuan untuk menjadikan meraka askar. Mereka berjaya mancari dan memperolehi 31 orang . Mereka akan diberi latihan khas supaya mereka menjadi pembunuh yang terlatih. Tugas mereka senang sahaja. Apabila tamat latihan, mereka semua akan menyeludup masuk ke Korea utara dan bunuh pemimpin2 Korea utara.



Semasa menjalani latihan ada yang mati kerana latihan yang amat dasyat mereka ibarat seperti tawanan , mereka tiada hubungan dengan siapa2. Bertahun2 dan tiap2 hari mereka di paksa berlatih separuh mati supaya mereka boleh menjadi pembunuh terbaik di dunia. Yang mati itu kerana latihan yang amat teruk dan ada yang nak melarikan diri oleh itu terpaksa di bunuh kerana itu adalah rancangan yang sangat2 sulit.

Tetapi setelah melihat hubungan antara kedua2 negara kelihatan seperti kearah positif. Pihak kerajaan merancang untuk membatalkan rancangan itu. kerajaan Korea Selatan memberi arahan untuk menamatkan Unit 684 di pulau silmido.



Pada suatu ketika mereka yang tinggal dapat tahu kerajaan korea selatan membatalkan rancangan Unit 684 untk menyeludup ke korea utara dan mereka di arahkan untuk di bunuh supaya rancangan sulit itu dapat di rahsiakan kepada umum.
Mereka memberontak menentang tentera2 yang dikerah melatih dan mengawal mereka. Disebabkan mereka amat terlatih kerana menjalani latihan khas yang amat memeritkan mereka membunuh orang2 yang menjaga dan melatih mereka sendiri.








Oleh itu mereka berjaya keluar dari tempat sulit yang mereka berada iaitu Pulau Silmido. Tinkdakan seterusnya mereka merampas satu bas dan merancang untuk pergi ke bandaraya korea selatan tujuannya untuk bertemu presiden mereka dan mempersoalkan kenapa kerajaan memperlakukan mereka sebegini iaitu membunuh rakyat sendiri yang telah di latih untuk membunuh pemimpin korea utara.

Tetapi rintangan mereka amat sukar kerana tentera korea selatan sudah mengepung laluan ke sana dan menyerang mereka. akhirnya mereka mati di dalam bas dan ada beberapa yang masih hidup di arahkan untuk di bunuh supaya dapat menutup rahsia itu.





Kisah yang amat sedih ini adalah amat sulit tetapi akhirnya terdedah juga dan telah di filemkan dan mendapat sambutan yang hebat


29 October 1969 ialah tarikh bersejarah dalam sejarah manusia. pada tarikh tersebut mesej pertama didalam network ARPANET (the first inter-net) dihantar antara komputer diUCLA ke sebuah lagi komputer di Stanford Research Institute. Mesej pertama yang dihantar ialah "LOGIN" tetapi komputer di UCLA crash mengejut dan hanya huruf perkataan "LO" dapat dihantar.42 tahun selepas mesej pertama ini kini kita mempunyai internet. Dari hanya 4 komputer didalam network yang terdiri daripada komputer di kampus UCLA, Stanford, UTAH dan University of California, Santa Barbara kini kita mempunyai jutaan komputer serta peranti mudah alih yang boleh mengakses internet pada satu-satu masa.



Didalam gambar diatas anda boleh melihat bilik 3420 di UCLA dimana mesej pertama antara dua komputer dihantar. Bilik 3420 dihias semula supaya kelihatan seperti pada tahun 1969 unytuk menyambut ulang tahun tarikh bersejarah ini. Lelaki tua dibawah ialah Prof. Leonard Kleinrock, beliau adalah antara bapa ARPANET dan berada di sana apabila mesej yang pertama telah dihantar.

Saya bukanlah seorang hacker atau pengodam. Dengan sedikit ilmu yang saya ada, ingin saya kongsikan dengan kawan-kawan di facebook. Saya baru sahaja menerima satu 'message' daripada sahabat melalui 'inbox' dimana dia meminta saya melihat gambar keluarga dan seterusnya memasukkan 'email' dan juga 'password' facebook. Berhati-hati kerana ianya adalah bertujuan untuk mendapat 'email' dan 'password' anda.

Sekiranya anda ke laman web http://www.view.photos.lc/ anda akan dapati ianya mirip seperti facebook tetapi URL dia bukan seperti biasa iaitu http://www.facebook.com. Ini merupakan salah satu teknik hacking yang agak porpular suatu ketika dahulu. Teknik ini dikenali sebagai 'Phishing'. Sekiranya anda memasukkan kata 'email' dan juga 'password' seperti biasa, ianya tidak dihantar kepada facebook tetapi dihantar kepada email pengodam tersebut.

Berikut ialah screenshoot laman web tersebut.


Sekiranya anda menggunakan antivirus yang baik. Program Antivirus tersebut akan memaklumkan kepada anda bahawa laman tersebut tidak benar. Sebagai contoh, saya menggunakan Antivirus Bitdefender yang merupakan antivirus terbaik pada tahun lepas. Antivirus tersebut tidak membenarkan saya untuk masuk ke laman web tersebut dan meninggalkan sedikit nota seperti di bawah.


Ini adalah salah satu teknik hacking. terdapat banyak lagi teknik yang boleh digunakan oleh hacker atau pengodam.

Semenanjung Malaysia terutamanya di sebelah pantai barat dan juga utara merasakan gegeran akibat daripada gempa bumi yang berlaku di Acheh, Indonesia. Gempa tersebut dilaporkan kekuatan 8.7 Magnitude. Kejadian dilaporkan berlaku di luar Pantai Barat Utara Sumatera.

Jarak gempa bumi tersebut dengan Kuala Lumpur, Malaysia sekitar 963 km dan bandar yang paling hampir dengan pusat gempar bumi tersebut ialah bandar acheh iaitu sekitar 434 km sahaja.

Amaran tsunami juga dikeluarkan oleh USGS di laman web. berikut ialah lokasi gempa bumi tersebut.

Gempar ini dibimbangi oleh rakyat Malaysia dan sekitarnya kerana gempar bumi pernah berlaku berdekatan dengan Acheh, Indonesia yang mengorbankan banyak nyawa. Malaysia turut mengalami bencana alam tersebut.

Keadaan Jalan Raya di Acheh, Indonesia
Penduduk Acheh Mula Meninggalkan Rumah Masing-masing
 Keadaan Sekitar Kompleks Queenbay Mall, Penang
Air Persisiran Pantai Patong Thailand Sudah Mula Berkurangan.
Keadaan Pantai Port Dickson Petang Tadi



Kemaskini Daripada Facebook:-
-Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.
-Tsunami sudah melanda simeulu dengan ketinggian 6 meter.
-Tsunami sedang menghampiri Phuket
-Bekalan Elektrik Terputus dan Gangguan Telekomunikasi Di Wilayah Acheh
-Kelajuan ombak ialah 800km/h menuju ke Malaysia. Allahuakhbar!!
-SEMUA PASARAYA BESAR DI P.PINANG TELAH DI ARAHKAN DITUTUP SERTA MERTA
-Jabatan BOMBA & PENYELAMAT telah mengarahkan semua pusat operasinya terutama di negeri-negeri di utara supaya diletakkan dalam tahap berjaga-jaga tertinggi bagi menghadapi kemungkinan `tsunami' berikutan gempa bumi di utara Sumatera, petang tadi.

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang ditabalkan pada 11 April 2012. Baginda merupakan Sultan bagi Negeri Kedah Darul Aman. Baginda juga merupakan Canselor bagi Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Universiti Pengurusan Terkemuka.

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah daripada ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959

Apa yang uniknya, Baginda ialah Sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama menggunakan Istana Negara di Jalan Duta yang baru siap dibina baru-baru ini. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011.

Baginda berkenan menerima sijil dari Malaysia Book of Records diatas perlantikan Baginda selaku Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi di Istana Negara

Daulat Tuanku






Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :

“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”

Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”

Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :

“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”

Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? Israa [61]

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya) Israa [62]

Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Israa [63]

Reka bentuk radikal baru oleh Michelin dan dibuat di South Carolina. Mereka adalah generasi tayar akan datang dan telah dipratonton di Philadelphia pada pameran kereta. Tayar ini masih dalam percubaan dan dicipta khas untuk tentera.





Walaupun dicipta untuk tentera, ianya mungkin dipasarkan secara komersial. Sekiranya ianya terbukti selamat untuk digunapakai, pasti ramai yang ingin menggunakannya.




1.Unta Nabi Saleh

Mereka menambah lagi, “Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu,” kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.

Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang.

“Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah?”

“Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu,” jawab mereka.

Setelah satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh telah menunaikan solat. Baginda memohon kepada Allah agar mengkabulkan permintaannya seperti yang dituntut oleh kaum Tsamud. Baginda juga berdoa semoga kaum itu akan kembali ke jalan yang benar selepas melihat bukti tersebut.

Allah Maha Berkuasa. Dengan sekelip mata sahaja Allah telah mengkabulkan doa Nabi Saleh. Batu besar tadi telah merekah dan terbelah. Lalu keluarlah seekor unta betina yang besar. Unta itu mempunyai semua sifat yang disebutkan oleh kaum Tsamud.

Maka, tercenganglah semua kaum Tsamud yang melihat kejadian itu. Sebahagian daripada mereka mula mengakui kenabian Nabi Saleh. Salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin kaum Tsamud yang bernama Junda bin Amru. Akan tetapi, sebahagian yang lain masih enggan beriman. Mereka tetap degil dan sombong.

2. Anak Sapi Nabi Ibrahim

“Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: “Salaama”. Ibrahim menjawab: “Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal.”

Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka.

Ibrahim lalu berkata: “Silakan anda makan.” (Tetapi mereka tidak mau makan), kerana itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka.

Mereka berkata: “Janganlah kamu takut”, dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak).” (QS. Adz Dzariyat: 24-30)


3.Kambing Gibas Nabi Ismail

…Nabi Ibrahim yang dikatakan memiliki kekuatan 40 kali manusia biasa, dengan pisau yang tajam, maka menyembelih anaknya (Ismail) dan Allah melihat kepatuhan Ibrahim, maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk menggantikan posisi Ismail dengan kambing gibasy yang gemuk, dengan sekejab saja, ternyata yang putus kepalanya adalah kepala kambing gibasy itu dan Ismailpun diselamatkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillaahi Hamd. Dari peristiwa itu telah menjadi syari’at ummat Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam untuk melaksanakan ibadah qurban…

4.Sapi Nabi Musa

..Tatkala Nabi Musa menyampaikan cara yg diwahyukan oleh Allah itu kepada kaumnya ia ditertawakan dan diejek kerana akal mereka tidak dapat menerima bahawa hal yang sedemikian itu boleh terjadi. Mereka lupa bahawa Allah telah berkali-kali menunjukkan kekuasaan-Nya melalui mukjizat yg diberikan kapada Musa yang kadang kala bahkan lebih hebat dan lebih sukar untuk diterima oleh akal manusia berbanding mukjizat yang mereka hadapi dalam peristiwa pembunuhan pewaris itu.

Berkata mereka kapada Musa secara mengejek: “Apakah dgn cara yang engkau usulkan itu, engkau bermaksud hendak menjadikan kami bahan ejekan dan tertawaan orang? Akan tetapi kalau memang cara yg engkau usulkan itu adalah wahyu, maka cubalah tanya kapada Tuhanmu, sapi betina atau jantankah yang harus kami sembelih? Dan apakah sifat-sifatnya serta warna kulitnya agar kami tidak dapat salah memilih sapi yg harus kami sembelih?”

Musa menjawab: “Menurut petunjuk Allah, yang harus disembelih itu ialah sapi betina berwarna kuning tua, belum pernah dipakai untuk membajak tanah atau mengairi tanaman tidak cacat dan tidak pula ada belangnya.”

Kemudian dikirimkanlah orang ke pelosok desa dan kampung-kampung mencari sapi yang dimaksudkan itu yang akhirnya diketemukannya pada seoanrg anak yatim piatu yang memiliki sapi itu sebagai satu-satunya harta peninggalan ayahnya serta menjadi satu-satunya sumber nafkah hidupnya. Ayah anak yatim itu adalah seorang fakir miskin yang soleh, ahli ibadah yang tekun yang pada saat mendekati waktu wafatnya, berdoalah kepada Allah memohon perlindungan bagi putera tunggalnya yang tidak dapat meninggalkan warisan apa-apa baginya selain seekor sapi itu. Maka berkat doa ayah yang soleh itu terjuallah sapi si anak yatim itu dengan harga yang berlipat ganda kerana memenuhi syarat dan sifat-sifat yg diisyaratkan oleh Musa untuk disembelih.

Setelah disembelih sapi yang dibeli dari anak yatim itu, diambillah lidahnya oleh Nabi Musa, lalu dipukulkannya pada tubuh mayat, yang seketika bangunlah ia hidup kembali dengan izin Allah, menceritakan kepada Nabi Musa dan para pengikutnya bagaimana ia telah dibunuh oleh saudara-saudara sepupunya sendiri.

Demikianlah mukjizat Allah yang kesekian kalinya diperlihatkan kepada Bani Israil yang keras kepala dan keras hati itu namun belum juga dapat menghilangkan sifat-sifat congkak dan membangkang mereka atau mengikis-habis bibit-bibit syirik dan kufur yang masih melekat pada dada dan hati mereka…


5. Ikan Yang Memakan Nabi Yunus

…Kemudian Nabi Yunus AS menaiki kapal yang dipenuhi penumpang dan muatan. Ketika mereka berada di tengah-tengah lautan maka kepal itu miring dan hampir tenggelam, dimana mereka harus mengambil salah satu keputusan antara mereka tetap berada di kapal semuanya dengan risiko mengalami kebinasaan; atau membuang sebagian dari mereka agar kapal itu menjadi ringan dan menyelamatkan sisanya.

Akhirnya mereka memilih jalan yang terakhir setelah menemui kesepakatan di antara mereka. Kemudian mereka melakukan pengundian dan sejumlah penumpang terkena undian tersebut termasuk di dalamnya Nabi Yunus AS, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman, “… kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah untuk undian.” (Ash-Shaffat: 141).

Yakni ia termasuk dari orang-orang yang kalah dalam undian tersebut. Kemudian mereka pun melemparkannya ke laut, serta seekor ikan besar menelannya, akan tetapi tidak sampai mematahkan tulangnya dan merobek dagingnya.

Ketika Nabi Yunus AS berada di dalam perut ikan, maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan) ia berseru, “Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Al-Anbiya’: 87). Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu supaya memuntahkan Nabi Yunus AS di daerah yang tandus.

Nabi Yunus AS keluar dari perut ikan tersebut bagaikan anak burung yang baru keluar dari telur (baru menetas) kerana keadaannya yang lemah. Kemudian Allah Ta’ala mengasihinya dan menumbuhkan sebuah pohon dari jenis pohon labu baginya, dimana pohon itu meneduhinya, sehingga ia kuat kembali.

Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Yunus AS supaya kembali ke kaumnya, agar ia mengajari dan menyeru mereka, dan penduduk negeri itu memenuhi seruannya sebanyak seratus ribu orang atau lebih, dimana mereka beriman, sehingga Kami karuniakan kepada mereka kenikmatan hidup sehingga batas waktu tertentu…


6. Khimar Nabi Uzair

..Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya. Ia mengingat-ingat bahawa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya. Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Dzuhur. Uzair berkata dalam dirinya: Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Dzuhur sampai Maghrib.

Malaikat yang diutus oleh Allah s.w.t membangunkannya dan bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?”

Malaikat bertanya kepadanya: “Berapa jam engkau tidur?”

Uzair menjawab: “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.”

Malaikat yang mulia itu berkata kepadanya: “Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. ” Engkau tidur selama seratus tahun. Allah s.w.t mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawapan dari pertanyaanmu ketika engkau merasa hairan dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati."

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta).

Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair: “Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah.”

Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah? Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memeras buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih layak untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perasan anggur.

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perasan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah. Malaikat merasa bahawa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya. Kerana itu, malaikat menunjuk keldainya sambil berkata: “Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang- belulang).”

Uzair pun melihat ke keldainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keldainya. Malaikat berkata kepadanya: “Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah s.w.t membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu.”

Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keldai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang. Malaikat memerintahkan otot-otot saraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keldai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.

Alhasil, keldai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keldai itu kembali kepadanya dan keldai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara. Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah s.w.t yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya, Uzair berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. “

Uzair bangkit dan menunggangi keldainya menuju desanya. Allah s.w.t berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat. Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya. Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun. Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.


7. Semut Nabi Sulaiman

.. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, “Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”
(An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”…


8. Burung Hud-Hud Nabi Sulaiman

Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman mengumpulkan dan memeriksa seluruh pengikut-pengikutnya baik dari kalangan manusia, jin dan binatang, termasuk burung-burung. Berdasarkan pemeriksaannya, Nabi tidak melihat burung hud-hud. Kerana ketidakhadiran burung hud-hud tersebut, beliau berjanji akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau bahkan menyembelihnya. Ternyata, tidak lama kemudian, burung hud-hud datang menghadap Nabi Sulaiman.

Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya kerana mencari berita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Atas berita yang dibawa oleh burung hud-hud tersebut, akhirnya Nabi Sulaiman mengunjungi kerajaan Saba yang dipimpin oleh Ratu Balqis yang akhirnya masuk Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman. Kisah tersebut diabadikan dalam Qur’an Surat An-Naml ayat 22-23.

Kisah tersebut menggambarkan burung hud-hud (sebagai anak buah) yang mempunyai kecerdasan dan kecemerlangan berpikir sehingga pengembaraannya dalam mencari makanan (nafkah) tidak semata untuk tujuan duniawi melainkan untuk penyebaran agama. Burung hud-hud, di antara waktunya, memanfaatkan kesempatan mencari berita dan kabar suatu kaum kerana ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka.

Melalui presentasi burung hud-hud yang gemilang serta keberanian dalam mengemukakan uzur (keterlambatan), Nabi Sulaiman dapat mengajak kaum Saba untuk mentauhidkan Allah.


9. Unta Nabi Muhammad Saw

Ketika itu kami bersama Nabi besar Muhammad Saw tengah berada dalam sebuah peperangan. Tiba-tiba datang seekor unta mendekati beliau, lalu untu tersebut berbicara, “Ya Rasulullah, sesungguhnya si fulan (pemilik unta tersebut) telah memanfaatkan tenagaku dari semenjak muda hinga usiaku telah tua seperti sekarang ini. Kini ia malah hendak menyembelihku. Aku berlindung kepadamu dari keinginan si fulan yang hendak menyembelihku.”

Mendengar pengaduan sang unta, Rasulullah Saw memanggil sang pemilik unta dan hendak membeli unta tersebut dari pemiliknya. Orang itu malah memberikan unta tersebut kepada beliau.. Unta itu pun dibebaskan oleh Nabi Muhammad Saw.

Juga ketika kami tengah bersama Muhammad Saw, tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman sambil menuntun untanya. Arab baduy tersebut meminta perlindungan kerana tangannya hendak dipotong, akibat kesaksian palsu beberapa orang yang berkata bohong. Kemudian unta itu berbicara dengan Nabi kami Muhammad Saw, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ini tidak bersalah. Para saksi inilah yang telah memberikan pengakuan palsu kerana mereka telah dipaksa. Sebenarnya pencuriku adalah seorang Yahudi.”


10. Anjing Ashabul Kahfi

Anjing tersebut berwarna kuning, di syurga bentuknya berubah menjadi kambing gibas, ia bernama Qithmir, ada yang mengatakan bernama Tawarum dan ada yang mengatakan bernama Huban.

...“(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.
PENIPUAN SEJARAH : GENERAL YAMASHITA TIDAK LAYAK DIGELAR HARIMAU MALAYA

Dia datang buat onar je. Bukan hebat sangat pun yang paling hebat ialah Tani Yutaka

siapa itu Tani Yutaka?





































  • Dilahirkan di Terengganu in 1910, anak lelaki dari satu keluarga Jepun yang berniaga kedai runcit di Hulu Terengganu.. dia suke berbaju melayu dan bersongkok mcm orang2 Melayu.
  • bekas rumahnya di Terengganu masih ada lagi pada tahun sekitar hujun 1940an. rumah papan mcm rumah orang melayu lain.



TRAGEDI OKTOBER

  • Sometime in 1930's.bile Jepun invaded Manchuria. chinese revolted against japanese oversea. adik perempuannya (dua dari kanan) dirogol dan dibunuh oleh orang2 Cina di Terengganu.
  • Ditambah lagi dendam. pelaku2 tersebut dibebaskan oleh mahkamah British.
  • Dari 1933.. Tani Yutaka mengganas di terengganu dan kelantan dengan merompak business2 cina dan British... yang bestnye.. ramai ahli kumpulan gangster yakuza (sb diketuai oleh Tani Yutaka kn) ni terdiri oleh orang Melayu...
  • Siape sangka budak Jepun muke baik sopan santun yg masuk Melayu ni jadi gangster yg amat ditakuti cine dan British pada tahun 1930's to 1940's.

LAGENDA

  • Name dia tak dikenali disini tapi amat dihormati di Jepun sehinggakan dibuat filem khas untuknya pada tahun 1943 untuk mengenang semangat juangnye itu.
  • Yang paling bestnyer pulak. cerita Jepun ni, semua pelakonnye tentulah Jepun. TAPI. semua pakai baju Melayu. dah jadi mcm cerita P Ramlee plak.

PEKERJAAN

  • Dia meneruskan kerja2 berani mati bersama2 geng2 nya dalam kerja2 sabotage British mase WWII. then, tak lame lepas Jepun menawan Singapore. dia mati akibat malaria di Johor.
  • Antara buku mengenainya...




Anda tahu anda perlu bersenam dan makan dengan betul untuk melihat dan merasa yang terbaik, tetapi kedua-dua perkara ini lebih mudah berkata daripada dilakukan. Ia membantu untuk memecahkan sesuatu perkara, suka dengan langkah-langkah mudah untuk membuat hari anda yang lebih sihat sedikit.

1. Menentang kes pastri
Anda tahu bahawa anda perlu untuk makan sarapan pagiuntuk meningkatkan metabolisme anda dan menjaga anda revved untuk hari tersebut, tetapi itu tidak bermakna anda harus terkeluar untuk kebaikan bakar merenung kembali pada anda di kedai kopi. Bukannya Starbucks cekau dan pergi, membuat sarapan yang sihat terlebih dahulu supaya anda boleh mendapatkan puasa pintu.

2. Meminum air yang cukup: 
Air adalah perkara terbaik yang anda boleh minum, tetapi ia bukan satu-satunya perkara yang sihat, anda harus teguk besar - dan tidak. Cuba minum air dengan limau atau teh hijau apabila anda memerlukan rangsangan sedikit, anda akan mendapat antioksida yang amat diperlukan dan hartanah menyahtoksinkan dari kedua-dua.



3. Memakan sayur-sayuran: 
Cuba tanyakan pada mana-mana orang, sayuran hijau adalah satu aspek penting dalam diet yang sihat. Berdaun hijau, sebagai contoh, membawa banyak nutrien harian yang anda perlukan dalam satu hidangan, dan juga boleh membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Pastikan sekurang-kurangnya satu makanan anda mempunyai sejumlah besar hijau untuk mendapatkan manfaat kebanyakan daripada sayur-sayuran anda.

4. Jangan hanya duduk di sana (Malas): 
Ya, duduk boleh membawa maut, anda tidak perlu menghabiskan masa lapan jam melakukannya. Bergerak di sekitar di tempat kerja membantu anda kekal sihat, tetapi itu tidak semestinya mempunyai bermakna trudging atas dan ke bawah tangga bangunan pejabat anda- sentiasa bergerak badan anda dengan cara yang kecil, seperti resah atauregangan di tempat duduk anda, boleh membantu memerangi kesan-kesan yangsedentari (dan membakar beberapa lebih banyak kalori dengan sedikit usaha).

5. Jangan kembali pada tabiat asal: 
Terutama selepas sehari tekanan, pulang ke rumah dan berehat dengan 1 gelas air berkabonat atau mangkuk besar ais krim di atas sofa mungkin semua yang anda ingin lakukan. Tetapi mereka beberapa jam memuaskan nafsu diri boleh batal semua perkara sihat yang anda lakukan pada siang hari, jadi apabila anda tiba di rumah, pastikan anda tidak makan makanan ini sebelum tidur dan membuat sebahagian besar masa TV anda dengan tips ini.

Korea Utara sudah terkenal dengan perkara yang tidak normal di negara lain, Jangan terkejut. Anda boleh disabitkan sebagai penjenayah perang sekiranya menggunakan telefon bimbit di negara Komunis iaitu Republik Korea Utara.

Ekoran kematian Kim Jong-Il, ia kelihatan seperti mereka yang didapati menggunakan telefon bimbit atau cuba untuk menyeberangi sempadan sepanjang tempoh perkabungan mandatori 100-hari akan "dihukum dengan sewajarnya."

Selepas kematian Jong-Il, beribu-ribu orang telah cuba melarikan diri ekoran rizab makanan yang semakin berkurangan dan kemiskinan tegar.

Walaupun kira-kira 1 juta penduduk memiliki telefon bimbit, aliran maklumat dalam dan luar negara berahsia telah disekat.

Terpulang kepada anak Kim Jong-Il, Kim Jong-un, untuk menentukan sama ada atau tidak telefon bimbit boleh diakses selepas 100 hari berakhir tempoh berkabung.

Sebuah rumah lelongan di Hong Kong baru-baru ini telah berjaya menjual setem Cina yang dikenali sebagai "Satu Dolar Kecil" berharga hampir £ 300,000 (AS $ 411,960). Ianya bertarikh 1897 dan merupakan salah satu 32 salinan yang dirakam.

Hanya beberapa minit "raja setem" yang dibuat oleh Pejabat Pos Cina dicetak dengan raut muka yang terlalu kecil untuk dibaca.

Telah ada beberapa jualan setem Cina dan Asia sepanjang bulan terakhir di dunia pengaruh China yang semakin meningkat, kekayaan dan kuasa.

"Ada yang menjadikan 1 jumlah besar pada tahun lepas dan 11/2 dalam beberapa setem Republik itu. Orang yang lebih moden, yang telah dicetak selepas 1949. Harga setem lama yang semakin meningkat mungkin pada 15 peratus setahun, tetapi isu-isu moden berkembang pada kadar lebih daripada 100 peratus sebagai pelanggan. Spekulasi bahawa nilai-nilai akan terus meningkat, "kata Louis Mangin, pengarah lelongan.



Bilangan pembeli asing banyak di kalangan pembeli-setem sebagai mereka meminta untuk meniru kekayaan yang telah dipungut daripada pengumpul Tanah Besar China.

Harga yang dipungut untuk beberapa setem ini dalam hanya dua tahun lepas telah luar biasa. Lembaran tahun 1964 setem cenderamata yang dikeluarkan untuk memperingati ulang tahun ke-15 penubuhan Republik Rakyat China diambil £ 765 pada bulan Disember 2008 dan dijual pada harga £ 3,330 pada lelongan pada bulan Ogos tahun ini.

Setem itu adalah stok baru dalam pasaran yang dinamik.


'Superhero' memang wujud, dan salah seorang daripadanya baru-baru ini telah dirakam oleh kamera.

'Superhero' di hemisfera Barat kebanyakannya lelaki, di Asia agak bernasib baik kerana mempunyai 'Redbud' Wanita Cina ini, yang pakaian kulit hitam yang ketat, rendah, serta topeng biru untuk menutup mukanya.

Sejak Krismas, heroin ini telah mendapatkan populariti untuk membantu warga tua dan orang yang tidak berumah di Beijing, China. Wanita 'RedBud' Cina telah memberikan makanan dan pakaian kepada orang-orang di jalanan.


Sejak kemunculan pertama, dia telah menyebabkan sedikit kekecohan, dan banyak orang telah bercakap mengenai dirinya. Gambar yang menunjukkan perbuatannya itu telah diedarkan dalam internet.

Beberapa peminatnya telah cuba untuk mendapatkan namanya dan telah meminta untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai dirinya, tetapi heroin ini enggan memberi apa-apa maklumat tentang dirinya, sebaliknya, beliau berkata bahawa dia mahu membantu orang-orang yang benar-benar memerlukannya sahaja.


Sains