Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

/ / / Komando Rahsia Korea Selatan Terbongkar



Tahun 1960an , Korea utara menghantar komando memasuki korea selatan bertujuan untuk bunuh presiden korea selatan tetapi tidak berjaya. Korea selatan mengetahui hal itu lalu merancang sesuatu iaitu menubuhkan Unit 684. mereka pergi ke penjara dan mencari sesiapa yang tiade saudara, penjenayah berat, dan yang menjalani hukum penjara yang lama. tujuan untuk menjadikan meraka askar. Mereka berjaya mancari dan memperolehi 31 orang . Mereka akan diberi latihan khas supaya mereka menjadi pembunuh yang terlatih. Tugas mereka senang sahaja. Apabila tamat latihan, mereka semua akan menyeludup masuk ke Korea utara dan bunuh pemimpin2 Korea utara.



Semasa menjalani latihan ada yang mati kerana latihan yang amat dasyat mereka ibarat seperti tawanan , mereka tiada hubungan dengan siapa2. Bertahun2 dan tiap2 hari mereka di paksa berlatih separuh mati supaya mereka boleh menjadi pembunuh terbaik di dunia. Yang mati itu kerana latihan yang amat teruk dan ada yang nak melarikan diri oleh itu terpaksa di bunuh kerana itu adalah rancangan yang sangat2 sulit.

Tetapi setelah melihat hubungan antara kedua2 negara kelihatan seperti kearah positif. Pihak kerajaan merancang untuk membatalkan rancangan itu. kerajaan Korea Selatan memberi arahan untuk menamatkan Unit 684 di pulau silmido.



Pada suatu ketika mereka yang tinggal dapat tahu kerajaan korea selatan membatalkan rancangan Unit 684 untk menyeludup ke korea utara dan mereka di arahkan untuk di bunuh supaya rancangan sulit itu dapat di rahsiakan kepada umum.
Mereka memberontak menentang tentera2 yang dikerah melatih dan mengawal mereka. Disebabkan mereka amat terlatih kerana menjalani latihan khas yang amat memeritkan mereka membunuh orang2 yang menjaga dan melatih mereka sendiri.








Oleh itu mereka berjaya keluar dari tempat sulit yang mereka berada iaitu Pulau Silmido. Tinkdakan seterusnya mereka merampas satu bas dan merancang untuk pergi ke bandaraya korea selatan tujuannya untuk bertemu presiden mereka dan mempersoalkan kenapa kerajaan memperlakukan mereka sebegini iaitu membunuh rakyat sendiri yang telah di latih untuk membunuh pemimpin korea utara.

Tetapi rintangan mereka amat sukar kerana tentera korea selatan sudah mengepung laluan ke sana dan menyerang mereka. akhirnya mereka mati di dalam bas dan ada beberapa yang masih hidup di arahkan untuk di bunuh supaya dapat menutup rahsia itu.





Kisah yang amat sedih ini adalah amat sulit tetapi akhirnya terdedah juga dan telah di filemkan dan mendapat sambutan yang hebat

«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

About Unknown

UUM Alumni.Blogger.Lover

Sains