Di sini dikemukakan beberapa fakta menarik berkenaan dengan nama
“Malaysia”. Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan
dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, ‘Singapura’
diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa
(pura=pulau), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud
Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama
Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.
Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia :
1) Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay =
bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan
Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan
perkampungan Melayu.
2) Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud “Mountains of Asia”.
3) Malaysia wujud daripada nama “Malesia”, yang merujuk kepada kawasan
bio-geografi dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Papua New Guinea.
Untuk pengetahuan semua, penggunaan nama Malaysia bukanlah baru. Merujuk
Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia mula-mula telah
direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh
1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia
and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke
semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk
lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada
tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai
“Malaysia”.
TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British
North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai
bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai
“Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang
dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan
dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and
Indirect Rule".
Sebagaimana Indonesia yang pernah dicadangkan namanya sebagai
Malayunesia, terdapat juga beberapa nama yang dicadangkan untuk negara
kita. Antaranya, “Langkasuka”, iaitu bersempena nama sebuah kerajaan
purba di kawasan utara tanah air kita. Negara Filipina juga pernah
bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi
dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura,
Sabah dan Sarawak diisytiharkan pada tahun 1963.
Lain-lain fakta menarik :
1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi
disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia
terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa
tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara
persekutuan kita dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang
ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi
Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap
tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan
mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah
berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.
2) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan
Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Siam iaitu
Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul
(Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana
permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut. Tetapi
telah ditolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah
bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia
iaitu Thailand.
3) Ini pula merupakan antara bendera-bendera yang termasuk dalam senarai
akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu.