Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

January 2014


Mendapatkan pekerjaan adalah lebih sukar pada hari ini. Dengan bilangan graduan yang semakin meningkat dan saiz pasaran yang kecil, setiap graduan akan mendapat peluang 2-3 kali temuduga secara purata dalam setahun. Penting bagi para graduan yang bakal ditemuduga kali pertama untuk membuat yang terbaik. Graduan membuat beberapa kesilapan biasa yang menghalang mereka daripada mendapatkan kerja. Semak infographic dibawah ini sebelum anda pergi temuduga kerja seterusnya mengelakkan berlakunya kesilapan-kesilapan yang sama dilakukan oleh para graduan yang gagal sebelumnya.




Entri ini adalah bertujuan untuk memberikan penerangan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam tentang COMANGO. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu apa itu COMANGO. Siapakah mereka? Apa tuntutan mereka?

Petikan daripada Wikipedia :

COMANGO (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan laporan hak asasi manusia kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Gabungan ini disertai oleh 54 NGO Malaysia. Kajian ini dilakukan setiap 4 tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia. Menurut kenyataan ISMA, hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.




Menurut kenyataan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terdapat hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan COMANGO ini yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Tuntutan NGO ini berbahaya kepada kedudukan Islam di Malaysia. Tuntutanya yang sememangnya tidak diterima oleh Al-Quran seperti lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT).


Berikut ialah 54 gabungan NGO dibawah COMANGO.

Tuntutan oleh COMANGO adalah seperti berikut:



Jika anda prihatin dengan COMANGO ini dan menentangnya sila 'Sign' Petition Sejuta Ummah Tolak COMANGO

Sains