Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

/ / / Ranking Universiti-Universiti di Malaysia - 2011



Pasti ramai yang ingin tahu kedudukan tempat universiti-universiti di Malaysia. Baru-baru ini satu kajian yang dijalankan oleh laman web http://www.4icu.org/my/ menunjukkan 10 universiti yang terbaik di Malaysia ialah terdiri daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di tempat ke-10 diikuti oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) di tempat ke-9. Seterusnya Multimedia University (MMU) di tempat ke-8 yang diikuti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di tempat ke-7. Universiti Sains Malaysia (USM) di tempat ke-6 dan Universiti Malaya (UM) di tempat ke-5 manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat ke-4. Seterusnya Universiti Putra Malaysia (UPM) di tempat ke-3 diikuti Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tempat ke-2 dan universiti terbaik di Malaysia bagi tahun 2011 merupakan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Sila KLIK SINI untuk kedudukan lain-lain universiti.


Bagaimana pula kedudukan universiti terbaik di Malaysia iaiti Universiti Teknologi Malaysia di antara universiti-universiti di Asia?? Laman web yang sama juga menyenaraikan universiti terbaik di Asia. UTM berada pada kedudukan yang ke-47 di dalam 100 universiti terbaik di Asia.



«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

About Unknown

UUM Alumni.Blogger.Lover

Sains