Nama "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol," yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam Bahasa Inggeris dibubuh dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary, bermaksud "menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh maklumat dari Internet."
Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California.
Misi Google adalah "untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal". Slogan tidak rasmi syarikat ini, diciptakan oleh mantan pekerja dan jurutera pertama Gmail Paulus Buchheit, adalah "Jangan jahat". Kritik terhadap Google termasuk kebimbangan tentang privasi maklumat peribadi, hak cipta, dan sensor (Wikipedia)