• Istana Syarqiyyah ialah istana terbaru Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ...

  • PULAU HASHIMA - JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melan...

  • Sama ada untuk lokasi, reka bentuk atau saiz, kolam ini adalah lebih daripada sekad...

  • Istana Terbesar di Dunia Istana Nurul Iman (Istana Sultan Brunei Darussalam) Istan...

  • Rumah ini benar-benar luar biasa. Bukan hanya kerana usianya yang telah 103 tah...

  • Seorang Artistik dari Argentina,bernama Leandro Erlich telah membina kolam renang ilu...

Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am

/ / / Nama Terpanjang Di Malaysia


SHAH ALAM - Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktiraf sebagai nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).

Nama unik itu diumumkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Sulaiman Keling ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, baru-baru ini.

Difahamkan, pemilik nama terpanjang di Malaysia itu masih menuntut di sebuah sekolah rendah dan berusia lapan tahun.

Sulaiman dalam pada itu berkata, nama terpanjang itu adalah antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada 1948.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, namun ia (nama terpanjang) adalah antara maklumat menarik seperti nama yang paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini.

“Suka untuk saya kongsikan dengan semua pada majlis hari ini (semalam) mengenai keunikan yang ada pada JPN,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 400 hadirin.

Majlis Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 itu disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

Sumber : Sinar Harian

«
Next
Cas Telefon Pintar Dalam Masa 30 Saat
»
Previous
Rumah Pulau Yang Eksklusif

About Unknown

UUM Alumni.Blogger.Lover

Sains