Gadget & Teknologi

Gaya Hidup

Mengagumkan

Fakta

Pengetahuan Am


Sebelum ini saya telah menerangkan bagaimana kumpulan Anonymous yang menyerang laman web kerajaan Malaysia. Kali ini saya akan dedahkan salah satu cara bagaimana hacker memasuki akaun facebook seseorang tanpa direlakan oleh pemiliknya. Akhir-akhir ini banyak kejadian berlaku dimana akaun facebook digodam atau diceroboh. Saya mendapat info ini daripada seorang rakan yang merupakan hacker. Untuk menegetahuan anda. Hacker terdiri daripada dua kumpulan. Satu kumpulan yang berniat jahat untuk merosakkan sistem komputer atau mencuri maklumat manakala satu kumpulan lagi merupakan kumpulan yang mengodam kembali laman web yang telah digodam yang juga dikenali sebagai Certified Ethical Hacker (CEH).

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana seseorang hacker dapat menceroboh akaun facebook seseorang yang lain. Salah satu tips untuk mengelakkan daripada digodam ialah anda tidak seharusnya 'online' dengan menggunakan 'open wifi'. Perkhidmatan 'Open Wifi' ini semakin banyak terdapat di Malaysia. Antara contoh 'Open Wifi' ialah seperti di warung dan juga hotel. 'Open Wifi' bermaksud anda tidak perlu memasukkan password untuk mengakses internet/wifi.

Saya tidak akan menunjukkan bagaimana cara untuk mengodam/hack facebook kerana ia akan menyebabkan risiko kepada pengguna facebook. Tetapi seharunya anda ingat, Hacker yang professional mampu menceroboh wifi yang memerlukan password. Kata lainnya, anda tidak digalakkan untuk 'online' facebook dengan menggunakan wifi. Ianya lebih selamat sekiranya anda menggunakan talian tetap seperti streamyx di rumah.


«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post

About Arif Yusof

UUM Alumni.Blogger.Lover

Sains