Sebelum ini ramai yang terkena virus tersebut. Nama virus tersebut ialah "Koobface". Ianya merupakan satu virus yang berfungsi untuk tanam di dalam sesebuah komputer dan boleh menerima isyarat daripada seseorang. Ianya juga dikenali sebagai Botnet dalam kalangan hacker yang boleh bertindak sebagai bot untuk menjalankan operasi serangan DDOS terhadap sasaran tertentu.
Mengikut wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Koobface
Koobface adalah salah satu ulat/cecacing komputer yang menjadikan laman social sesawang seperti facebook, myspace, hi5, bebo, friendster dan twitter sebagai sumber utama untuk merebak dan berfungsi. Koobface telah dibina dan cipta untuk operasi sistem seperti "Microsoft Windows" dan juga "Mac OS X", tetapi juga berfungsi pada operasi sistem "linux(terhad)". Koobface melakukan pelbagai cara untuk merebak dan setelah sesebuah "komputer" atau "laptop" seseoarang itu di tanam dan disuntikkan virus Koobface, ianya akan mula mendapatkan informasi seperti FTP(file transfer protocol), facebook dan beberapa lagi laman sosial yang lain seperti myspace dan friendster di sesebuah komputer atau laptop yang telah terkena dan tertanam virus Koobface itu, tetapi ianya tidak akan mengambil informasi yang sensitif seperti akaun kewangan.
Ia kemudiannya menggunakan komputer dikompromi untuk membina sebuah botnet peer-to-peer. Komputer yang telah dikompromi akan menerima apa sahaja arahan daripada fesyen pear-to-pear. Koobface merebak dengan cara menghantar mesej kepada sesiapa sahaja kawan kepada "penyerang" yang telah dikompromi oleh virus koobface tersebut, apabila seseoarang itu membalas dan virus koobface secara automatik akan menghantar satu pautan yang palsu sama seperti laman facebook atau youtube, dan akan terpapar salah satu pautan atau mesej yang mengatakan untuk memuat turun "adobe flash player" di atas sebab "adobe flash player" itu berada pada versi yang lama, dan tidak dapat membuka "video" ataupun pautan itu sekiranya seseoarang tidak melakukan kemaskini pada versi "adobe flash player" sekarang. Tetapi, pautan itulah yang akan menyebabkan sesebuah komputer itu akan dikompromikan oleh virus koobface itu.
Berikut adalah salah satu cara untuk membuang virus koobface "hi. how are you" pada sesebuah komputer yang telah dikompromikan oleh virus "koobface" itu.
http://plus.evozi.com/guide-remove-facebook-virus-hi-how-are-you/
Sumber : Gaysec Official Website